Ditulis oleh Fauzul Na’im Ishak pada 14/10/2005
Lama betul aku tidak menurunkan tinta aku di laman ini. Nak kata sibuk, sampai bila-bila pun sibuk. Tapi “hanya orang sibuk sahaja ada masa”. Kata-kata yang selalu aku terangkan kepada peserta-peserta bengkel aku ketika berceramah. . Alhamdulillah pagi ni selepas sahur aku nak luangkan juga sedikit masa untuk laman aku dan dia ni.
Dahulu aku merasakan bahawa apa yang aku rasa boleh dirasai oleh orang lain. Terutamanya perkara baik yang aku buat kepada orang lain, aku rasa orang lain pun merasakan perkara itu baik. Namun begitu realitinya tidak begitu. Orang lain merasakan perkara lain daripada apa yang kita rasa. Mungkin agak berbelit sikit tulisan aku ni kan?!
Pada mulanya aku merasakan apa yang sesuatu yang dilakukan kepada orang lain atas dasar sayang, juga dapat memancarkan mesej kepada orang tersebut. Namun begitu sebenarnya tidak. Pandangan orang lain, jika apa yang dia nak itu adalah perkara yang sebenarnya dia nak.
Berbelitkan? Memang berbelit! Tapi itulah realitinya. Ramai orang yang menghadapi perkara yang sama. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada orang yang dia sayangi apa yang dia lakukan adalah untuk mereka. Namun begitu di fikiran orang yang disayanginya itu apa yang dibuatnya itu sia-sia sebab dalam fikirannya jika orang itu menyayanginya dia perlu buat apa yang dia rasa dan dia inginkan.
Itulah realiti insan dan memang susah insan nak memenuhi apa yang insan lain nak. Ish makin mengelirukan. Takpelah tulisan waktu subuh memang agak berbelit tapi boleh difikirkan. Takpe nanti kita tulis topik yang lain pula.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com