Catatan Blog Lama : Ziarahlah Orang Tua di Kampung sementara Hayat Mereka Masih Ada

0

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 29/9/2005

Seronok betul dapat balik jenguk mama di kampung. Alhamdulillah sihat. Memang terserlah kegembiraan di wajah mama bila nampak anak, menantu dan cucu balik ziarah dia di kampung. Puas sebab dapat melepaskan kerinduan yang bersarang di dalam diri ini bila dapat menatap wajah mama tercinta yang memang tabah mengharungi hidup dalam kesunyian.

Kenapa sunyi? Emmm sbb mama tinggal sorang-sorang je di kampung. Fatin, di asrama cuma 2 minggu sekali balik. Dihah di UKM sebulan sekali balik. Kakak, abang dan aku sendiri sudah memiliki kehidupan sendiri. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Rumah ayah tak jauh dari rumah mama. Sebelah je, cuma berlainan alam. Itu sebabnya mereka sudah tak dapat bertemu lagi. Insya-Allah akan bertemu ‘di sana’ nanti. Sudah hampir 7 tahun ayah pergi mendahului mama menghadap Ilahi tika usianya 52 tahun. Al-Fatihah.

Kembali cerita balik kampung, mama memang nampak seronok. Aku juga seronok. Mana taknya sepanjang kami bersama tak berhenti-henti bercerita perihal masing-masing, kerjaya, rumahtangga, jiran tetangga, saudara mara dan entah apa-apa cerita lagi… Lama-lama sekali berjumpa memang begitu. Kalau bercakap ikut telefon tak sumua boleh diceritakan, tak best sebab tak dapat tengok wajah mama… puas dapat ceritakan kebahagiaan dan kesenangan hidup yang aku nikmati sekarang, sebab itu yang mama mahu dengar. Ibu bapa mana tak tumpang gembira bila anak-anaknya bahagia. Sungguhpun begitu, dia tetap berpesan supaya aku ingat Tuhan dan mensyukuri nikmat yang diberi kepadaku. Juga puas bila dapat berkongsi masalah dengan mama, di kala ini dia sebagai kaunselor dan motivator aku… apa jua masalah yang aku ceritakan pasti disuruhnya supaya merenung hikmah yang tersembunyi…. Mama juga tak lupa membuat makanan kegemaranku iaitu ‘garam belacan’ yang dicicah dengan buah pelam telur dan jambu batu…. Jubah baru yang dia beli di Nilai bersama Dihah juga dikeluarkan sebab nak tunjuk pada aku…

Alhamdulillah, sempat juga kami menziarahi tok yang sakit di rumah Mak Ndak. Tok yang dulu mengajar aku mengenal Quran, menjaga aku sewaktu mama ke Mekah, menemani ku sewaktu nak ke tandas sebab takut hantu masa kecil-kecik dulu dan banyak lagi, kini terlantar sakit tua. Sempat juga menjenguk Fatin di asrama yang sekarang berada di tingkatan 2. Tahniah! Fatin sebab dilantik menjadi pengawas sekolah. Kemudian kami juga sempat ke rumah abang Mie melawat dia sekeluarga. Semuanya sihat… Abang sudah mula bisnes kurma… Ye la, minggu depan dah start puasa.

Inilah peranan anak-anak, menjenguk orang tua di kampung… Apa guna ada anak ramai, tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri hingga tiada masa untuk mak ayah…. Lebih baik ada anak sorang yang dapat menjaga kebajikan orang tuanya. Menyesal esok bila mereka sudah tiada… Kalaupun kita tak dapat tinggal serumah dengan mereka ataupun tak mampu menghulurkan RM50 sebulan, sekurang-kurangnya jenguklah mereka di kampung. Kesian orang tua, setiap kali telefon pasti bertanya, “Bila dapat balik kampung.” Mereka tak mengharapkan sangat wang ringgit kita, tetapi ingatan kita pada mereka itu yang diharapkan….

Setiap wanita Muslim perlu tahu, apabila mereka mendirikan rumahtangga, ibu bapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidiknya selama 20 tahun lebih itu sudah menjadi orang kedua penting… Isteri perlu mengutamakan ibu dan ayah mertuanya… Tetapi, jangan pula bila kita kahwin, kita terus meninggalkan orang tua kita hingga berasa berat mahu menjenguk mereka. Mereka juga sayang akan anak perempuan mereka ini… Para suami, janganlah keberatan memberi keizinan kepada isteri menjenguk ibu bapanya sekali sekala andainya suami terlalu sibuk dengan urusan kerja… bukan setiap minggu kami berbuat demikian, dan bukan juga setiap bulan… tetapi jarang jarang sekali… Itu pun sementara hayat mereka masih ada…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!