Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim 3/11/2005
Sementara menunggu abg balik sembahyang aku curi2 kesempatan ni menjengah ‘rumah’ kami yg satu ni…
Aku tak dapat pergi sembahyang raya sebab sembahyang raya di rumah dengan Nu’aim.. Ikut hati mmg teringin sgt nak pegi sembahyang raya beramai2 dengan umat Islam lain, tp mengenangkan aku ada hero sorang ni susah la sikit… pasti aku tak khusyuk kalau aku p sembahyang pun…
Aku bersemangat sekali mengisi baju2 ke dalam beg untuk bwk balik kg seawal sblm subuh esok pg… Keriangan dalam hati aku tak dapat digambarkan dengan kata2… Mungkin suami, mertua dan adik ipar tak rasa apa yg aku rasa, tp itulah hakikatnya bila aku dapat peluang balik ke ‘lubuk asal’ di mana aku dibesarkan… pasti seronok dapat bertemu mama, kakak, abang, Dihah, Fatin dan anak2 sedara… tambahan pulak ada sorang anak sedara baru yg aku sendiri belum berjumpa dengannya… Kali ni agak lama balik kg, seminggu.. walaupun beberapa kali abg mengatakan, “Lama betoi kita balik kg kali ni ye.” Pada aku, lama lagi 23 tahun aku bermastautin di sana berbanding seminggu tu… Bukan senang nak hilang rasa cinta dan rindu pada kampung halaman sendiri, d sana ramai kawan2 lama, ramai saudara mara, ramai cikgu2 yang banyak berjasa padaku, apatah lagi di sana jugalah banyak kenangan manis bersama keluarga dan arwah papa… Pasti di pagi raya papa menunggu kehadiran anak2nya…. Al-Fatihah buat papaku..
Pada hari raya pertama ni, aku, abang dan Nu’aim memakai baju bertemakan warna merah… Nu’aim dan abang baju melayu merah. Aku baju kurung Riau Merah dan tudung Merah… Nu’aim pun bersemangat nak beraya… aku dah ajar cara bersalam bila pergi beraya rumah orang nanti…
Ok, abang dah balik… Pasti lepas ni banyak lagi cerita2 raya yang kami nak coret di sini sebagai kenangan buat anak2 kami semua… ok, harap berjumpa lagi selepas ini… hati2 beraya dan memandu…
Salam sayang buat semua dan minta maaf zahir dan batin…
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my