Cerita Akhir Ramadan

Beli-belah baju raya
Minggu akhir ramdan ni aku terasa amat tertekan dengan kerja-kerja pejabat. Ditambah pula dengan beberapa kesilapan yang aku buat menyababkan tekanan kerja bertambah-tambah. Persiapan raya pun tak buat lagi, minggu depan dah nak raya. Baju anak-anak, baju aku, baju abang semua tak sedia lagi. Jadi masa orang pegi semayang jumaat, aku pun start kereta pegi Jusco. Terus ke bahagian kanak-kanak. Tengok yang tu murah, tp jenis kain nampak macam tak tahan. Tengok yang satu lagi, cantik kain pun kualiti, harganya pun mak oi! buleh tahan. Pusing sana, pusing sini, selak sana selak sini, pi sana pi sini. Kaki dah letih, kepala dah pening, mata dah pedih mengantuk. Akhirnya dapat jugak la beberapa helai baju dan seluar untuk 2 hero ku. Sesekali sekala mata terpandang dan ‘terbekenan’ pada baju kembang budak pompuan. ‘Nanti-nanti kot ada la rezki aku nak beli yang itu,’ getus hatiku ini. Nampak gaya masa tak mengizinkan aku tak sempat nak cari baju aku sekali. Hari lain la nampaknya.

Berbuka BBQ
Hujung minggu ni menu berbuka agak lain sedikit. Mama nak buat nasi ayam, pastu abang cadangkan buat BBQ sekali. Bagus jugak cadangan tu. Ayah Cik la yang akan jadi penunggu bara api bagi membakar semua ayam-ayam dan sudah tentu kambing pun ada.

Berbuka gaya mewah
Minggu akhir ramadan kali ni best juga, sebab dapat jemputan berbuka. Jemputan pertama berbuka di Hotel Niko bersama Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Memandangkan Dato’ yang jemput kitorang dan dia yang belanja, maka berbesarlah hati kitorang menerima undangan itu. Kalau saja-saja aku dan abang nak keluarkan duit berbuka di hotel sebegitu rasanya tunggu duit kami melimpah ruah dan bersepah-sepah dulu.Buat masa sekarang ni, banyak lagi keperluan lain yang jauh lebih penting daripada mengisi perut hingga melibatkan kos RM70++/orang tu. Tapi orang macam aku ni ‘tangki’
kecik tak boleh nak rasa semua makanan yang disediakan pun. Rugi… rugi…

Kemudian majlis berbuka yang lagi satu tak kurang juga hebatnya… kali ni di hotel Lagend, dekat dengan The Mall tu. Orang belanja juga. Melantak sakan la kami berdua. Kali ni bawa 2 hero tu. Mujur kedua-duanya dalam mood yang teramat baik. Tapi budak bedua tu tak de la duduk tertib di meja sambil makan.Diorang memanjat sana sini jugak, berlari-lari jugak. Cumanya diorang ni tak melalak menangis. Tu pun dah kira baik la sangat. Tempat makan kitorang pulak agak strategik. Walaupun anak-anak aku main panjat-panjat tak de la sampai mengganggu tetamu lain. Si Isyraf yang memang kaki makan tu, makan berbagai-bagai jenih jugak la. Segala satay, nasi, ais krim. Si Nu’aim je la yang rugi sikit, tak mahu makan yang lain. Dia nak ais krim dengan keropok je. Kalau setakat ais krim dengan keropok tu ibu buleh pi cari kat kedai Marwa dekat rumah nu, rugi.. rugi..

Majlis ketiga adalah majlis berbuka bersama keluarga di Pak Tam. Kali ni juadah yang disediakan agak kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum ni. Tapi ok lah… kenyang perut ni… alhamdulillah..

Baju raya tahun ni
Memandangkan baju anak-anak sudah beli, tinggal nak cari baju kami bedua je lah. Aku pun dok pi tengok di bebarapa kedai pakaian dah. Kebanyakkannya cantik-cantik belaka. Tapi yang membuatkan aku tak jadi nak beli sebab stail baju sekarang ni kainnya jarang-jarang. Kalau nak pakai baju jarang tu kena pakai baju selapis lagi di dalam. Pelik-pelik aaa baju sekarang. Apa yang membuatkan aku tak berapa gamak nak beli apatah lagi nak pakai bila cik abang kata, “Tu baju gedik.” Terus la letak balik. Last-last minit pi cari baju kurung je lah. Dapat la dua pasang.

Baju abang macam biasa la, kedai yang selalu dok pi tu di Giant Taman Permata. Dapat 1 seluar 2 baju pun dah ok lah. Baju lelaki ni bukannya ada yang murah-murah. Jadi sekarang semua dah ada baju raya.

Rendang dan lemang
Raya tahun ni aku tak buat langsung kuih raya. Tahun ni banyak masa dihabiskan buat parttime. Nak kumpul duit sebab ada beberapa projek nak buat nanti perlukan duit. Jadinya perlu la usaha lebih sikit, sekurang-kurangnya kerja lebih di bulan ramdan ni, pahalanya pun lebih juga, insyaAllah. Seperti tahun lepas buat rendang dengan lemang. Tukang bakar lemang, macam biasa Ayah Cik. Kali ni buat 6 batang lemang. Buluh tu dibeli di pasar, sebatang RM1. Dah siap dengan daun pisang. Buat 3 kilo beras pulut. Malam raya tu, ayah cik bakar lemang, yang lain-lain pakat dok main bunga api. Tahun ni baru aku perkenalkan bunga api kat anak-anak aku. Mula-mula tu Nu’aim ngan Isyraf takut. Lama-lama ok la. Aku pun bukannya nak galakkan diorang main, cuma nak bagi diorang rasa kelainan malam raya main bunga api sambil bertakbir.. hehe… Beli bunga api yang biasa tu je… Tak banyak, sikit je… Sambil-sambil tu ibu dan ummi bersiap sedia dengan cawan-cawan, bancuh air, potong kek, susun kuih di atas meja. Sekejap lagi orang nak datang bertakbir kat rumah. Budaya kat sini macam tu. Disebabkan rumah aku adalah yang ketiga akhir orang datang bertakbir, maka pukul 1 pagi baru habis acara bertakbir kat rumah aku. Masa tu aku dah hanyut bersama Isyraf kat bilik. Mula-mula niat di hati nak tidurkan Isyraf saja, sebab dia dah mengamuk mengantuk. Last-last aku pun terlajak sekali… letih..

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*