Cerita-cerita Awal Ramadan
Minggu pertama berpuasa sudah sibuk buat ketupat nasi. Bukan guna daun kelapa, tapi guna reben. Aku yang tak pandai ni pun dah jadi pandai dek kerana projek ketupat di PTS. Semasa awal projek tu, hampir semua tidak tahu menganyam ketupat. Ketupat yang dibuat tu tak berapa nampak macam ketupat satay dan bawang pun. Tapi bermacam-macam bentuk. Ada nama ketupat rombus, ada nama ketupat dompet dan sebagainya.Tetapi berkat kegigihan pelajar-pelajar ketupat ni, akhirnya ramai yang dah tahu dan mahir menganyam ketupat satay dan ketupat bawang. Staf-staf PTS dibahagikan kepada beberapa team, dan setiap team diberi tugas menghias kedai buku terpilih yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur program ni.


Aku, Fir, Nurul Hafizah, Iwan, Azari, Kimi dan Nazrul ditugaskan di Popular Ampang. Kami begitu bersemangat menjayakan tugas yg diberi dan team masing-masing berlumba-lumba menghasilkan kerja yang terbaik. Tengah-tengah menghias tu, kami terima MMS daripada team MPH Alamanda dengan gambar ruang MPH yang siap dihias, nak ajak lawan siapa lebih cantik. Terima kasih juga kepada abang Faris yang turut memeriahkan keadaan di sana.
Seminggu berpuasa, mentua aku mula bertanya khabar mak cik Seha kuih tart. Tiap-tiap tahun memang kami jadi pembekal kuih tartnya ke KL (Bukan seanterio kl, jual di ofis je). Aku suka jual kuih yang aku rasa sedap. Aku tak minat nak jual kuih yang pelbagai tapi rasanya entah apa-apa. Oleh kerana tart dia ni memang diakui sedap oleh pelanggan yang sedia membut tempahan setiap tahun, jadi aku pun bersedia menjadi pembekal dan pengedar kuih ni. Satu lagi yang aku dah tengok adalah popia simpul. Minat jugak nak jual tu.
Sekarang ni pula, di ofis masing-masing anak syarikat diberi peruntukkan kad raya dan perlu menghantarnya kepada penulis masing-masing. Aku dan team aku pun cepat-cepat selesaikan tanggungjawab yang diberi walaupun sebenarnya masing-masing malas nak menampal stem dan cop-cop kad raya ni. Balik di rumah projek kad raya berjalan juga. Tapi team aku kali ni Nu’aim. Dia tukang tampal setem. Nak hantar pada Tok Ani, Makndak, Maknjang, Nenek, dan ramai lagi.
“Mula-mula letak ayaq kat setem.”
“Pastu lekat kat sampul yang ibu dah siap tulis ni.”
“Pastu… taaa daaaa, dah siap.”
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010










laa.. awat tak habaq dok buat kueh tart ..tidak nii boleh oder.. beghapa det sebalang ??.