Sesudah seminggu cuti bergilir-gilir aku dan suami, minggu ni adik-adik aku (dihah dan atin) terpaksa pulak menerima giliran menjaga permata hati aku berdua tu. Dihah terpaksa meninggalkan sementara projek cendawan yang katanya baru-baru ni sudah keluar cendawannya. Alhamdulillah jadi usahawan cendawan adik aku sorang ni. Dihah buat projek cendawan bersama sahabat karib dia Tikah. Lokasinya di Teluk Air Tawar, Seberang Perai, Penang.
Adik Atin aku tengah bercuti sekolah. Cuti sakan lepas berhempas pulas mengadap PMR ari tu. Tengah berdebar menunggu result la tu. Sementara tu, aku mintak tolong depa menjaga anak-anak aku. Hari ni hari pertama. Sebelum datang ofis sejak semalam lagi aku dah brief serba sedikit tugas menjadi pengasuh budak ni. Jam berapa dia tidur, pukul berapa makan, dan bla… bla..bla… Aku dah pastikan makanan baby ada dah siap untuk disuap je nanti. Makanan pengasuh breakfast dan lunch pun dah aku siapkan sekali, supaya nanti adik-adik aku ni tak sibuk-sibuk nak memasak. Jaga budak-budak je.
Tadi pukul 12.30 aku call diorang, just nak pastikan semua ok. Katanya tadak masalah … clear… alhamdulillah.
Minggu lepas sempena aku cuti bergilir dengan suami, aku ambil kesempatan masa bersama anak-anak untuk train Nu’aim guna tandas. “Say bye to diaper.” Lagi pun Nu’aim dah 3 tahun setengah. Sebelum nih susah sangat aku ada masa nak train dia bersungguh-sungguh, sebab masa yang diambil oleh kanak-kanak biasa dengan sistem toilet baru dia nih memakan masa sekurang-kurangnya 3 hari jugak. Sebelum ni mana pernah aku cuti lama-lama bersama diorang duduk dirumah je. Kali ni aku bertekad, sebab Nu’aim dah besar. Hari pertama aku pujuk dia. Aku dah bersedia mental bagi menghadapi ‘apa-apa’ yang bakal berterabur di atas lantai nanti. Aku juga turut menyediakan fizikal aku bagi menghadapi situasi ini.
“Nu’aim ingat tak Firas dan Faris kata apa ari tu, ‘Laa dia pakai pampers lagi…’ Ha.. malu kan,” kata ibu di suatu petang.
“A’ah ingat,” balas Nu’aim dengan mata memandang dinding menunjukkan dia tengah mengingatkan memori itu.
“Apa kata tak payah guna diaper lagi, kalau nak kencing ke ‘projek’ ke bagi tau ibu,” Aku mula memberi cadangan ala-ala arahan.Dia bersetuju dengan wajah yang bercahaya dia pun memakai seluar tanpa diaper.
Kemudian dia menyambung, “Isyraf pun tak boleh pakai diaper lagi.”
“Isyraf kan baby lagi, tengok gigi pun tak dak lagi. Panggil ibu pun tak reti lagi, macam mana nak cakap kencing kat ibu,” aku menjelaskannya sambil memujuk dengan lembut.
Seperti ibu-ibu lain, aku mula mengatur jadual ke tandas. Selepas minum dalam 15 ke 20 minit aku akan bawa dia ke tandas. Begitulah hari-haris seterusnya sehingga dia tahu nak cakap sendiri bila rasa. Kali pertama dia nampak sendiri bagaimana air kencing keluar daripada ‘ehem’ dia tu, dia sungguh gembira membuatkan dia bermotivasi nak ke tandas setiap kali nak buang. Aku memberi pujian bersungguh-sungguh supaya dia lebih seronok dan berbangga dengan diri dia.
Setakat aku mula training nih, tak pernah lagi dia terbabas kencing atas lantai. Cuma sudah dua kali dia terbabas projek. Tak pe cabaran… Bagaimana bagi menghadapi waktu tidur malam. Seriau jugak kalau-kalau dia terkencing atas tilam, tak pe cuba dulu. Pada mulanya abang dan mama mencadangkan memakai diaper pada waktu malam je. Aku tak setuju, sebab aku nak cuba dahulu. Biar dia tak guna diaper masa tidur malam.
Hari pertama dan kedua ok. Siang ok, malam pun ok. Hari ketiga kami perlu bertolak ke kedah bagi menghadiri kenduri kawin. Emmm… tak boleh bagi dia pelung guna diaper walaupun alasnya travel. Tapi bagaimana ye? Baru hari ketiga nih nak berjalan-jalan tak guna diaper. Kalau terlepas atas kereta teruk nih.
Akhirnya dapat idea guna diaper pant. Macam mami poko pant tu. Memang la benda tu diaper jugak, tapi sebab kita seriau takut apa-apa berlaku, jadi aku bagi dia pakai pant tu. Tapi perlu pasang strategi. Jangan sekali-kali bagi tau dia itu diaper pant, jd dia boleh la nak buang dalam tu. Just bagi tau dia,” Nu’iam, ini pant tau. Bukan diaper, jadi tak boleh kencing dalam pant ni. Bagi tau ibu kalau nak kencing nanti kita berhenti kat toilet.” Dia pun angguk dan nampak seronok dengan pant dia tu. Bukan nak tipu, ini teknik training. Alhamdulillah tak dak masalah sepanjang perjalanan. Harap maknjang dan makndak bersabar melayan kerenah Nu’aim dan Isyraf. Seminggu je.. Maid, cepat la engkau datang…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my