Coretan pertama ummunuaim: Certot sepanjang Ogos
“Wah! rumah baru… emm best ni.. ubah selera,” kaget aku melihat rumah baru sambil menyelak langsir tingkap.
Hampir sebulan aku tak jeguk rumah hinggap akudandia tuh. Sebenaqnya, tengah buat rumah baru, kemas-kemas entri, nak bawak pindah semuanya ke rumah baru. Rumah lama tu nak ‘jual’ kepada orang lain. Katanya dah ada org nak rumah lama aku tu. Oleh kerana hampir sebulan tak bercerita, kiranya entri kali ini merangkumi certot2 (cerita kontot) yang sebulan punya. Dalam bulan Ogos lalu, banyak jugak ‘benda2′ yang menyeronokkan berlaku…
13 Ogos, Dihah Konvo. Dia konvo, aku tumpang seronok. Sebab pertama, dah besar panjang adik aku sorang nih rupanya. Kedua, Masa konvo Dihah aku berpeluang jumpa mama, kakak dan abang Khairul, abang Mie dan kak Tini, anak2 buah aku… Ain, Jol, Naufal, Bai, Ilmi, Firas, Faris dan Athirah… Tu sume anak buah belaka… Aku ambil peluang ini untuk bertemu keluarga aku yg sudah sekian lama tak bersua muka… sehinggakan anak saudara aku yang baru pun dah 5 bulan (Athitrah), dan ini kali pertama aku tatap muka comel tu… Tutttt… cak! athiraaah. Yang best sekali semua adik beradik aku dan keluarga masing2 ada, kecuali Atin adik aku yg bongsu. Cian Atin, tak leh join sbb exam… “Ya Allah! Permudahkanlah adik aku Atin dalam menimba ilmu dan berkatilah ilmu yang diperolehnya. Kurniakan kejayaannya dalam PMR yang bakal dihadapi… Aminnn.”
Dihah tempah satu rumah untuk semua yang meraikan dia. Baguih jugak rumah tu, luas dan selesa… dapat gak aku pasang ‘bayo’ kat Isyraf. Si Nu’aim apa lagi, main sakan la jumpa sepupu sepapat. Tido semalam di Bangi, dan keesokannya lepak kat bawah pokok ramai2. Hampaq tikaq, keluarkan bekal makanan sementara menunggu orang konvo keluar dewan. Budak2 ni main mcm2 jenis permainan, main pasir, main kayu, main longkang.. adus! letih jugak oi! tak larat nak jerit sebab dok main benda2 yg bahaya. Anyway, Congratulation Dihah… dah terima ijazah. Terima kasih sebab sponsor rumah dan belanja satay Samuri. “Ya Allah! tabahkan Dihah nih dalam menempuh dugaan hidupnya, berikan petunjuk dalam apa yang dilakukan dan bukan pintu2 rezeki yang halal untukknya.” Sebagai kakak, aku sentiasa menawarkan perkhidmatan kaunseling 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk hang… Balik rumah Nu’aim demam sebab letih main sakan…
26 Ogos, kami sekeluarga ke Melaka. Abang ada bengkel penulisan… tido 2 malam di sana. Kalau dah sampai Melaka, tentu la Dihah menjadi sasaran aku sekali lagi. Dia kena layan kami lagi.. Bawa aku beli kerepek kat, “apa nama tempat tu dihah?” Haa.. Dataran Pahlawan… Malam pertama, tido di Naza Hotel. Malam kedua, best sangat dapat tidur di Chelet kat tepi pantai… nama apa tempat tu.. tak ingat la … kuk..kuk.. kuk… (ketuk kepala) tak ingat jugak.. Yang pasti, mmg best.. biar pun letih dengan anak2 kecil, tp tetap puas hati… Sebenaqnya masa nak tidur malam tu, tiba2 kepala otak teringat tsunami, tp tawakal je la… lelap jugak mata sbb letih sgt… Esok paginya, “Ibu.. Nu’aim nak main river,” si Nu’aim menjerit seronok tengok laut… “Bukan sungai, ini la laut, pantai.” Sian Nu’aim dah 3 tahun setengah baru nak kenal pantai ke… emm ibu jarang bawak ke pantai. Selalunya ke sungai je.. Janda Baik…
31 Ogos. Haa hari ni, kami tak jalan jauh. Tapi tetap puas. Cuma sambut merdeka dengan berkelah kat Janda Baik. Hubung silaturrahim dengan sedara mara… Kali ni mak mentua aku sebagai organizer, menjemput sedara mara sekitar Gombak dan Bentong join sekali… Yang turut datang selain kami sekeluarga, mak long Yut dan suami, Mak ngah Not dan Pak Ngah, Pak cik Khalil dan keluarga serta Kak Zana sekeluarga… Terima kasih pada kak Zana dan Abg Mokhtar, sbb banyak memudahkan kami dan memeriahkan suasana dan tolong tempah port yang sesuai sekali untuk budak2 kecik main sungai… Sedap BBQ, pulut Durian, nasi lemak, kek pisang dan mcm2 makanan… jenuh gak nak makan… Nu’aim puas main sungai… Isyraf pun main sungai jugak…Celup kaki sikit2 jer… tak leh lebey2. Nak lebey2 biaq besaq sikit macam abang Nu’aim. Boleh berenang ala merangkak kat dalam sungai tu. Harap2 lain kali kita dapat buat aktiviti kekeluargaan mcm ni lagi…
*** Gambar:

Hasil Nukilan :Athirah: Apa nih pegang-pegang kain kembang orang ni, mahal tau.
Isyraf: Alaaa, nak rasa kain kembang ni jenis apa… mahal ke idak
Ni rupa mak njang Dihah pakai jubah konvo… berseri-seri…
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010










