Dakwah & Islah…. Adakah Fardhu Ain Ataupun Fardhu Kifayah?
Pagi ini aku ingin luangkan masa menulis, mencoret, mengulas dan memberikan luangan masa kepada laman aku ini.
Hari ini dalam jam 11 pagi InsyaAllah mama aku akan dibuat pembedahan matanya. Kami sekeluarga akan bertolak ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dalam jam 11 daripada Bentong, jadi ada banyak masa untuk mengadap laptop.
PMIUM & Pilihanraya

Tempoh hari ada seorang junior aku di UM yang juga seorang ahli PMIUM ber YM dengan aku. Dia menyapa dan bertanya khabar. Berita kekalahan PMIUM di pilihanraya kampus dikhabarkan kepadaku. Aku tersenyum…..
“Abang Fauzul! Apakah pandangan abang mengenai pilihanraya kampus baru-baru ini? Agaknya sebab apa PMIUM kalah?” Soalan berbentuk bola tanggung yang menunggu di smash oleh pemain badminton.
Hmmmm!! Soalan ini adalah soalan yang selalu ditanya kepadaku jika PMIUM kalah dalam pilihanraya. Ramai yang mengharapkan analisis kepada setiap perkara dan keadaan berlaku dalam pilihanraya kampus. Mereka mahukan jalan bagaimana menghadapi pilihanraya akan datang. Cuma aku tak tahu sejauh mana analisis tersebut dapat mengubah persepsi dan pandangan kepimpinan yang ada.
Aku pernah membuat analisis kepada senario dan situasi dalam kampus suatu masa dahulu. Sebab musabab mengapa pentarbiyahan dalaman PMIUM perlu diubah dan digubah mengikut keperluan semasa ummah. Namun begitu ia menjadi polemik yang menjadi perdebatan mahasiswa dua kem. Dalam idealis mahasiswa bertepuk tangan kononnya ada pimpinan PMIUM berpaling tadah daripada perjuangan menghentam PMIUM. Di pihak PMIUM pula mengatakan aku ini sudah ‘murtad’. Hanya kerana memberikan teguran dan pandangan berbeza dikatakan murtad. Sama sahaja PMIUM dengan UMNO, yang mana apabila menjadi ahli harus ikut jalan lurus tiada mungkin bersimpang.
Fathi Aris Omar dalam emailnya kepada aku, “Saudara teruskanlah perjuangan kerana saya juga pernah menjadi saudara. Biar apa pun, teruskanlah menulis”
Pesanan yang aku rasa memberikan semangat dalam meneruskan tinta perjuangan aku.
OGY & PMIUM

Seminggu sebelum habis ramadhan, aku berbuka puasa dengan Fauziah Ahmad Daud (OGY). Tujuan utama aku bertemu dengannya adalah bagi membuat perbincangan projek buku yang ingin PTS Millennia Sdn Bhd cadangkan dengan beliau.
OGY yang aku kenali suatu ketika dahulu sebagai ASMIDAR, Pengacara Melodi, Pelakon Terbaik FFM dan Anak Ahmad Daud berdepan dengan aku dengan penuh emosi. Iya!!! Penuh emosi. Tentu ramai yang bertanya, MENGAPA? Haaaa!!! Tunggu…!
Beliau emosi menceritakan kesusahan untuk berubah kerana keadaan sekitar yang tidak sesuai untuk berubah. Semasa beliau kali pertama ingin mencari ruangan terbaik untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana dia hendak berubah. Kak OGY bertemu dengan seorang tokoh agama yang boleh kata tersohor juga.
Dia berkata “Ustaz! Saya ingin berubah, bagaimana saya hendak berubah?”
Apa jawab ustaz tu? “Awak balik potong kuku dulu. Baru datang berjumpa dengan saya!”
Cuba bayangkan, seorang manusia yang dahulunya bergelumang dalam dunia hiburan dan ingin berubah menjadi insan yang dekat kepada Tuhan. Bertemu dan mencari ruangan mendapat ilmu dikata begitu. Ya Allah!!! Geramnya aku mendengar. Sepatutnya kita bersyukur apabila seorang artis mahu menuju ke jalan Allah. Bukannya mengatakan perkara yang menyakitkan hati begini.
Peristiwa itu diselangi pula dengan peristiwa-peristiwa lain yang menyebabkan Kak OGY sudah tidak percaya dengan orang-orang agama. Anggapannya sama sahaja semuanya. Pada pandangannya mengapa orang yang mengatakan dirinya alim ini boleh tiada hati. Menghukum umpama dirinya Tuhan. Umpama mereka ini tiada dosa dan terjamin masuk syurga.
Ini antara kes-kes yang berlaku melibatkan orang-orang agama yang mengatakannya mereka adalah pewaris para nabi. Jika betullah mereka ini pewaris para nabi mengapakah keadaan ini berlaku? Aku malas nak ulas, nanti kata aku hendak kutuk orang agama pula sebab bukan semuanya begitu. Ada yang bagus, namun begitu disebabkan segelintir orang yang sebegini menyebabkan semua orang dipandang buruk. Ramai yang ingin berubah tak jadi untuk berubah sebab susah, hanya yang betul-betul cekal dan tabah sahaja mampu menempuhinya. Tahniah Kak OGY! Aku angkat tabik!!!!
Sama ajelah perkara ini berlaku di dalam kampus, ramai dalam kampus yang ingin menjadi ummah memperjuangkan Islam. Namun begitu Islam itu menjadi elit untuk orang tertentu sahaja. Jika tidak mengikut jalan PMIUM itu dikira salah. Jika berpakaian berlainan dengan etika berpakaian PMIUM dipanjang jelek oleh mereka. Apabila menyokong dasar kerajaan yang baik dilihat munafik. Apabila berpandangan lain dikatakan murtad. Apabila ada jemaah lain memperjuangkan Islam dikatakan tidak benar hanya perlu ikut PMIUM sahaja.
Bagaimana hendak menang sedangkan PMIUM ini tidak dapat bermasyarakat dengan baik. Entahlah! Berbuih mulut pun tak guna. Kemudian timbul isu ummah centric yang menggeletek minda terus bangkit mengatakan itu tidak boleh tanpa memahami gagasan tersebut.
Jadi bagaimana hendak PMIUM menang jika berterusan begini. Aku tak ingin hendak mengulangi apa yang pernah aku tulis dalam blog terdahulu. Sesiapa berminat boleh rujuk tulisan aku di artikel-artikel berikut :
-
Catatan Blog Lama : Terkenang Masa Dulu
-
Insurans Sosial (Social Insurance) Penting dalam Kehidupan
-
Bengkel Training Of Trainers Modul Kesihatan Reproduksi Remaja…. Aku nak jadi trainer berjaya dalam bidang ni
-
Catatan Blog Lama : Memang Makin Hari Makin Stress
Isu ini tidak akan berubah selagi mana tiada perubahan minda berlaku di dalam kepimpinan PMIUM. Berubahlah wahai adik-adikku…. Kajilah hadis, al-quran dan sirah nabawi. Bagaimana berhikmahnya Rasulullah dalam perjuangan baginda.
Bila aku kata begini mereka kata kami dah khatam dah semua tu. Khatam tak khatam tapi kalau tak faham juga susahlah.
PMIUM & Dakwah
Soalan dalam usrah mingguan Kumpulan PTS Jumaat lalu satu soalan menarik ditanyakan kepada moderator. Adakah dakwah itu fardhu ain ataupun kifayah. Ustaz Faris Hasbullah menjawab mengikut hujah ulama yang mengatakan jika dalam satu kawasan tidak ada yang berdakwah ia dikira berdosa untuk semua dan jika seorang melakukan dakwah terlepas dosa orang lain.
Fikirkanlah!! Jikalah ada di akhirat kelak kita diberikan tempat di syurga. Kemudian waktu hendak melangkah masuk ke dalam syurga, si kafir yang tidak mendapat dakwah ini mengadu kepada Allah bahawa mereka tidak pernah diberikan walaupun satu ayat dakwah pun oleh kita. Apakah yang kita ingin jawab kepada Allah….. Fikirkanlah
Yang aku pasti dalam silibus usrah PMIUM selama mana aku menjadi ahli dan Naqib, tidak pernah ditekankan hal dakwah. Apa yang selalu dikatakan adalah politik, politik dan politik PMIUM. Itu yang ada. Jika aku salah tolong tunjukkan pada aku bahagian mana yang ada ditekankan bab dakwah dan islah…..
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Tinta Perjuangan
- UMMAH CENTRIC : Sebuah Kekeliruan Yang Disengajakan - September 2nd, 2006
- Kesan Bahasa Melayu Di Dalam Sistem Perundangan - September 2nd, 2006










berjuang untuk agama Allah