Definisi Keluarga Yang Makin Sempit
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Apabila disebut keluarga, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai keluarga? Apabila dicari definisi di dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbitan 1992. Family diberikan pelbagai definisi dan rasanya terbaik adalah keluarga turun temurun. Apabila kita melihat kepada poster-poster kempen yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, apabila menyebut mengenai keluarga. Mereka menggambarkan keluarga sebagai suami, isteri dan anak dua orang. Adakah itu je keluarga yang ada?
Mengapalah sempitnya definisi keluarga yang diberikan. Ke mana perginya ibu dan bapa saudara sebelah ibu dan ayah? Ke mana perginya datuk dan nenek? Ke mana perginya sepupu sepapat? Apabila kita mendefinisikan keluarga ini kecil, ini yang menyebabkan anak-anak kita lupa kepada keturunan sendiri. Mereka tidak tahu siapa nenek moyang mereka. Hingga akhirnya mereka tidak tahu jati diri bangsa mereka dan paling teruk lagi tidak tahu mana asal usul agama mereka. Yang terakhir ini kita takut. Kita semuanya lahir daripada dua pasangan Adam dan Hawa yang mendapat hidayah tuhan RabbulJalil. Jangan pula kita lupa itu
Marilah kita mendefinisikan semula keluarga……..
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









