Hari Sabtu kedua bekerja. Memandangkan ingin bersama anak-anak, angkut ketiga-tiganya ke pejabat. Nampaknya pembantu rumah senyumlah hari ini. Sengaja tinggalkan dia di rumah bagi menjaga orang tua sambil-sambil itu dapatlah mengemas.
Memandangkan ketiga-tiga bala tentera berada di pejabat, hiruk-pikuklah sedikit keadaan pejabat hari ini. Tetapi tidak mengapa, asalkan mereka ada di depan mata. Letih usah ceritalah. Mana tidaknya mesyuarat sambil jaga anak, buat kerja sambil layan kehendak mereka itu ini. Bukan selalu begini.
Asalnya mahu tinggalkan si kecil di rumah, tetapi menangis mahu ikut. Ah! kasihan pula. Akhirnya bawa juga.
Anak-anak sedang tidur. Kesempatan ini digunakan bagi menulis entri ini. Pada ruang latihan sedang berlangsung Klinik Penulisan khusus untuk mereka yang minat menulis. Siapa lagi yang mengendalikannya kalau bukan Tuan Fauzul. Ini adalah klinik pertama yang diadakan di pejabat FNSB.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
