Disebabkan Ideologi Berbeza Semua Orang Menjadi Buta Hati

5

Saya terbaca di dalam beberapa makalah online beberapa artikel yang menyebabkan saya terasa untuk mengulas dalam RN ini. Dua isu paling hangat iaitu mengenai Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan MyTeam2.

Jika ditanya saya mengenai kedua-dua perkara ini, saya berpandangan positif. Kedua-duanya memberikan impak yang cukup positif kepada anak bangsa kita. Walaubagaimanapun unsur pembaziran daripada wang kerajaan bagi menganjurkan kedua-dua acara ini saya tetap tidak bersetuju. Wang berjuta-juta ringgit yang digunakan daripada hasil cukai negara, daripada duit kita semua, dibelanjakan tanpa mengambil kira kewajiban yang paling aula. Kepentingan pendidikan anak bangsa dilupakan. Wang yang sepatutnya membiaya pendidikan anak bangsa, memberi biasiswa yang sudah lama tiada. PTPTN membebankan dengan caj perkhidmatan entah untuk apa. Sepertimana yang dikatakan dahulu, jika wang yang ada daripada pembiayaan membina KLCC dan menghantar angkasawan ke angkasa lepas digunakan buat biasiswa pendidikan. Ramai lagi anak bangsa boleh dibiaya pengajian tinggi berpuluh tahun ke hadapan.

Namun begitu apa yang berlaku sudah berlaku, kita mengambil kira itu sebagai harga dibayar buat masa depan. Ramai yang mempertikaikan keperluan beberapa ujikaji ‘remeh’ di angkasa lepas oleh  angkasawan Malaysia. Namun begitu pada pandangan peribadi saya ia boleh dijadikan rujukan untuk para pelajar. Walaupun ia pernah dibuat oleh angkasawan negara lain. Bolehkah kita dapatkannya buat tontonan di Malaysia. Seingat saya selama saya menjadi pelajar tidak pernah ia ditontonkan kepada kami selama mana saya belajar fizik ataupun mekanik di UM. Ujikaji remeh ini boleh ditunjukkan bagaimanakah sebenarnya graviti sifar.

Kemudian isu MyTeam2 yang dikatakan tidak mungkin boleh menaikkan sukan bolasepak Malaysia. Ia pandangan yang singkat. Saya pernah berbincang mengenai perkara ini bersama Shebby Singh (dia juga penulis buku di syarikat saya), adakah boleh kita harapkan kepada FAM  bagi menaikkan sukan bolasepak di Malaysia. Dia kata TIDAK MUNGKIN! sebab apa,banyak sangat politiking dalam FAM. Jadi perlu ada syaitan kecil yang boleh mengubah cara berfikir FAM ini. Syaitan kecil itu adalah MyTeam ini. Jadi apa sahaja yang dibuktikan oleh MyTeam ini boleh menjentik minda orang dalam FAM agar berubah. Tidak dinafikan pasukan bawah 23 kita sudah membuktikan sesuatu. Namun begitu perlukan lebih banyak ‘ketukan’ bagi men’jentik’ minda mereka.

Satu yang saya nampak, politik Malaysia menyebabkan orang menjadi buta hati. Baik PAS, baik UMNO, baik PKRM. Kesemuanya sama, apa yang dilakukan oleh lawan mereka semua dianggap tidak baik walaupun hakikatnya baik. Ini yang menjadikan saya rasa mual dengan politik. Politik bukannya mendidik, ia merosak minda.

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Comments

5 Responses to “Disebabkan Ideologi Berbeza Semua Orang Menjadi Buta Hati”
  1. Tukar layout lagi la!
    Huhu merah maron.
    Dr Muszaphar apa pun title dia, cosmonaut ka, astronaut ka, flight participant ka, space tourist ka, janji lateral thinking di angkasa jalan….
    saya kena panggil beliau Datuk Syeikh Muszaphar….

  2. Ramai sangat nak beri gelaran. Itu tak kisah Zamri. Apa yang saya nampak ia tetap memberikan impak kepada Malaysia khususnya, masyarakat amnya. Ini yang masyarakat berideologi ni dok berbincang. Mana yang kerajaan kata positif, yang pembangkang nampak negatif sahaja.

    Pada pandangan saya, yang positif kita kata positiflah dan negatif negatif. Nik Aziz pun puji benda yang positif.

  3. zack says:

    Seingat saya, angkasawan kita diberi tugas oleh beberapa saintis dari dalam dan luar untuk melakukan ujikaji bagi pihak mereka termasuk dari Jepun. Sila baca interview dgn Dr Mazlan di dalam New Straits Times. Ujikaji dgn gasing, etc tu ujikaji yang dibuat selain dari ujikaji wajib yang dibuat oleh beliau.

  4. Ya betul tu Zack, memang ujikaji itu adalah ujikaji sampingan sahaja. Cuma pada pandangan saya ia adalah satu pelajaran kecil yang mungkin perlu ditunjukkan kepada generasi akan datang kepada apa yang berlaku pada graviti sifar.

    Jadi tidak perlu memberi komen yang negatif sebegitu. Ujikaji besar itu memang jelas dan wajib dibuat. :)

  5. eisma says:

    akupon bukan pandai politik tp aku respect tok guru nik aziz. dia selalu ‘berhalus’ dlm kata2nya.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!