Doa yang aku amalkan sepanjang waktu mengandung….

2

Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang, baik, soleh, sihat dan sempurna tubuh badan. Apa yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung selain menjaga kesihatan dan tingkah laku adalah berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Berikut adalah doa yang aku sentiasa bacakan sepanjang tempoh mengandung…

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Doa ini aku amalkan bukan sahaja selepas sembahyang tetapi setiap kali aku ingat nak merdoa aku akan bacakannya. Doa yang sama juga aku amalkan semasa mengandung anak pertama, Muhammad Iqbal Nu’aim. Sebenarnya terdapat banyak jenis doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung dan semuanya boleh didapati daripada buku panduan amalan semasa mengandung. Bagi doa ini aku petik daripada buku ‘Amalan-amalan semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata’ tulisan Uz. Haji Taib Azamuddin Md. Tib dan Uz. Ngah Puteh Abd. Shukor. Dalam koleksi aku terdapat beberapa jenis buku amalan semasa mengandung. Tetapi buku ni yang paling aku suka walaupun kulitnya tak cantik. Mengapa? Sebab:
1. Doa mengandung di dalamnya spesifik,
2. Terdapat surah-surah amalan dengan tulisan yang besar siap dengan terjemahan sekali. Mudah nak baca.
3. Nipis, dan saiznya yang sederhana mudah nak dibawa ke mana2 sama ada nak letak dalam kereta ataupun nak bawa ke pejabat.
4.Isinya lengkap, padat dan tepat.

Wah! ni kira promosi percuma untuk buku ni… bertuah penerbitnya ‘Pustaka Haji Abdul Majid.’

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Comments

2 Responses to “Doa yang aku amalkan sepanjang waktu mengandung….”
  1. Mohd Nasir says:

    Assalamualaikum En. Fauzul dan Sekeluarga.

    Saya Nasir, ingin sangat nak dapatkan nasihat dari En Fauzul.
    Saya baru saja berkahwin hampir 5 bulan dan saya tinggal berjauhan dgn isteri saya. Sekarang ini isteri saya mengandung 2 bulan. Masalah sekarang ni isteri saya teruk sangat alahan dan selalu menangis, selalu mengadu. saya tak tahu nak buat apa,hanya dapat bagi kata2 semangat dan brdoa untuk dia dan saya sendiri.

    Boleh tak En Fauzul bagikan saya tip2 dan doa2 yang saya dan isteri patut amalkan sekarang ni.

    Wasalam.

  2. Puan Ana says:

    assalamualaikum…..saya ingin kongsi bersama masalah dgn anak sulong saya..tahun ini akan ambil pmr,masalahnya kuat main masa cikgu mengajar,beliau tidak serius dengan pelajarannya…
    Adakalanya beliau akan tidur semasa cikgu mengajar…tolong macamana nak menangani masalah budak yang tidak fokus semasa belajar…masih main-main tiada nampak kesungguhan .keputusan periksa sederhana sahaja..tinggal di asrama..di perak

    ibu yang runsing..ana

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!