Raudhatunnaim

Pelajari Fikah untuk Orang Awam
Siapa yang mahu capai redha Allah, pelajari fikah. Ini kerana setiap saat dalam kehidupan kita terdiri daripada perbuatan pilihan kita. Dan setiap perbuatan ini tidak lari daripada hukum fikah yang lima iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Mengapa dikatakan perbuatan itu sebagai pilihan? Ini kerana setiap masa kita dihadapkan dengan pilihan. Kita boleh memilih mahu bangun awal atau lambat, boleh pilih sama ada mahu senyum ataupun tidak, boleh pilih sama ada mahu tidur ataupun tidak dan setiap satu pilihan perbuatan kita itu ada hukumhya. Jadi biarlah kita tahu apa yang kita pilih itu, selari dengan kehendak syariat demi mencari redha Allah.

Lawati Jadual Kelas Agama bersama Fine Academy.

Walaupun kelas sudah bermula, namun penyertaan masih dibuka. Inilah usaha kerdil kami demi bersama-sama mengenali Allah dan mengecap bahagia yang hakiki.

Pengenalan Fikah

Fikah menerangkan bagaimana hendak mencapai redha Allah. Kehidupan kita adalah bebas namun dalam kitaran yang terikat. Kita terikat dengan sistem yang ditetapkan oleh syariat Islam. Apakah akan terjadi sekiranya hidup ini bebas sebebas-besanya tanpa ada undang-undang dan batasan? Sudah pasti dunia ini menjadi huru hara dan hiruk pikuk.

Fikah ialah mengetahui hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan manusia. Hukum syarak terdiri daripada wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Perbuatan yang wajib dan sunat disukai Allah, haram pula dimurkai Allah. Perbuatan makruh tidak disukai Allah dan yang harus pula boleh dipilih oleh kita sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Perbuatan manusia yang melibatkan hukum harus paling banyak antara kesemua hukum syarak itu.

Setiap perbuatan tidak lari daripada kelima-lima hukum ini dan bukan hanya melibatkan hal ehwal ibadah khusus seperti solat, puasa dan sebagainya. Contohnya, tidur asalnya harus, namun menjadi wajib apabila kita tersangat mengantuk ketika memandu. Pada ketika ini apabila terus memandu dalam keadaan mengantuk kita khuatir akan kemalangan, jadi wajib ke atas kita tidur dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Beringatlah wahai pemandu-pemandu yang keletihan semasa memandu pulang ke kampung halaman. Berhenti rehat di R&R. Banyak lagi contoh lain.

Sifat-Sifat Khusus Fikah

Ketuhanan: Walaupun fikah itu terdiri daripada pandangan dan pendapat ulamak namun sumber asalnya tetap daripada Allah iaitu al-Quran dan sunnah nabi-Nya.

Rahim: Sifat fikah juga adalah kasih sayang. Antara bab yang dibincangkan dalam fikah adalahbab tentang pembiayaan kepada binatang. Apabila kita mempunyai binatang peliharaan, kita wajib peruntukkan wang kepada binatang belaan kita. Sifat kasih sayang juga jelas dalam fikah apabila terdapat penangguhan hukuman kepada wanita hamil sehingga dia melahirkan dan menyusukan anaknya.

Mudah: Sifat fikah juga mudah dipraktikkan.

Lengkap: Fikah bukan sahaja membincangkan hal ibadah, ia turut merangkumi hal politik, perniagaan, hak anak dalam kandungan dan sebagainya.

Seimbang (wasatiah): Tidak terlalu syadid dan tidak terlalu liberal.

Apabila kita belajar fikah, kita perlu menjadikannya sebagai sistem dalam hidup dan bukan sekadar maklumat sejarah.

Pembahagian Mazhab

Fikah merangkumi kefahaman keempat-empat mazhab ini iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Ia juga dikenali sebagai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengapa ada 4 mazhab dan bukan 1? Begitulah rahmat Allah yang mewujudkan variasi ini. Dia memudahkan kita kerana dia yang menciptakan kita dengan pelbagai bangsa, geografi, budaya. Dia maha mengetahui kelemahan dan keperluan hamba-hambanya. Tanpa fikah kita tidak mampu membina tamadun. Asas tamadun perlu ada makrifah atau fikhul makrifah. Fikah terdiri daripada fikah ibadah dan fikah muamalat

4 generasi yang perlu ada adalah:

Kreatif

Kolektif

Merancang

Terbaik (Ahsan)

Metodologi ahsan sudah terhakis dalam Islam. Bagi mewujudkan generasi kreatif pun sukar. Namun kita perlu berusaha bagi mewujudkan generasi-generasi ini demi kesatuan Islam dalam mencapai redha-Nya.

P/s: menulis sebagai perkongsian dan yang paling penting peringatan untuk diriku suapaya tidak lupa akan ilmu yang dipelajari. Ya Allah kurniakan kepada kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima oleh-Mu.

Hadis ke-12: Akhlak Abu Hurairah kepada Ibunya
Antara akhlak terpuji sahabat Nabi, Abu Hurairah adalah ketaatannya kepada ibunya. Dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad dalam bab Mentaati Ibu Bapa pada hadis ke-12 ada menerangkan ucapan-ucapan salam dan doa kedua-dua beranak antara Abu Hurairah dengan ibunya.

Maksud hadis itu berbunyi begini, Abu Hurairah tinggal berasingan dengan ibunya.  Apabila dia mahu keluar, dia akan berhenti di pintu rumah ibunya dan berkata, “Salam sejahtera kepada kamu, ibu, dan rahmat Allah dan berkat-Nya.” Beliau memberi salam kepada ibunya.

Ibunya akan menjawab, “Dan kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu, anakku, dan rahmat Allah dan berkat-Nya.”

Kemudian Abu Hurairah berkata lagi, “Semoga Allah memberi rahmat kepada ibu sebagaimana ibu membesarkan saya semasa saya kecil.”

Ibunya menjawab pula, “Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu kerana kamu berbakti kepada saya apabila saya sudah tua.” Apabila beliau mahu masuk ke dalam, dia akan melakukan sesuatu yang sama.

Lihatlah betapa terpujinya akhlak Abu Hurairah terhadap ibunya. Saling mendoakan antara satu sama lain. Bagaimana dengan kita? Adakah ia hanya menjadi tradisi semasa kecil, semasa ibu ayah kita menghantar kita ke sekolah lalu kita mencium tangan dan memberi salam kepada mereka. Apabila dewasa, adakah kita keluar rumah tidak perlu dikhabarkan kepada ibu ayah yang ada di samping kita? Begitulah indahnya akhlak Islam sehingga perkara sebegini halus dan terperinci dirakamkan dalam hadis.

P/s: Belum telefon mama di kampung lagi, jom telefon sekarang!

Hadis ke-9: Jangan Halang Kesukaan Ibu Ayah
Hadis kesembilan dalam bab berlemah lembut dengan ibu bapa ini menyuruh kita tidak menghalang kegemaran ibu dan ayah.

Hadis ini dikaitkan dengan ayat 24 surah Al-Israk yang bermaksud, “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,  …”

Oleh itu, walaupun kegemaran ibu ayah itu mungkin berbeza dengan kita, usah kita memperlekehnya. Kasihlah mereka sebagai mana mereka mendidik dan kasih kepada kita semasa kita kecil.

Kerja Tidak Glamor, Tetapi Cukup Mulia di sisi-Nya
Seringkali kita bertemu dengan keluh kesah para suri rumahtangga menguruskan pakaian, makanan dan keperluan ahli keluarga. Mereka sebenarnya perlu motivasi bagi meningkatkan semangat diri. Tambahan pula motivasi kerja mudah hilang apabila perlu berdepan dengan kerja yang sama setiap hari, terutama bagi surirumah sepenuh masa. Belum dikira ragam anak-anak yang pelbagai dan memerlukan kuderat dan kebijaksanaan bagi menanganinya.

Namun sebenarnya, kerja sebagai surirumah sungguh mulia di sisi Allah walaupun kebanyakkan daripada surirumah berasa kerja ini membosankan, kurang glamor berbanding kerja lain yang nampak glamor. Sebenarnya itu hanyalah persepsi mereka sendiri yang bersumberkan akal fikiran negatif. Mereka seringkali melakukan perbandingan antara hidup mereka dengan orang lain. Perbandingan itu pula merupakan perbandingan tidak adil kerana yang ternampak daripada perbandingan itu hanyalah kelebihan yang ada pada orang lain, dan nikmat yang ada di depan mata terlindung dek akal dan hati yang tertutup.

Apabila dipandang dari sudut positifnya, semua kerja baik adalah ibadah dan apabila kita melakukannya demi mencari redha Allah, insya-Allah besar ganjaran menanti kita. Apa yang dapat dilakukan adalah, tingkatkan harga diri. Bagaimana? Banyak caranya. Harga diri dapat ditingkatkan apabila diri dihargai. Usah menanti penghargaan daripada orang lain seperti suami dan anak, sebaik-baiknya hargai diri sendiri. Anggap kerja kita itu suatu tugan penting buat keluarga. Pakaian yang dicuci bersih memberikan keselesaan dan kecantikan kepada mereka yang memakai. Makanan yang dimasak dengan air tangan sendiri yang mungkin sekali sekali dikomen oleh ayah mertua contohnya, lebih bersih dan suci bagi dijamah oleh orang tersayang. Banyak lagi yang dapat direnungkan bersama.

Harga diri dapat ditingkatkan apabila diri berilmu. Kebanyakkan orang selepas zaman persekolahan proses menuntut ilmu juga terhenti. Sebenarnya proses mencari ilmu Allah ini perlu berjalan seiring dengan peningkatan usia hingga kita mati. Surirumah juga tidak terkecuali dalam hal ini.  “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.” Apabila kita sentiasa berusaha menggali ilmu dunia dan akhirat insya-Allah siapa pun kita, di mana kita berada Allah akan mengangkat darjat kita sebagi hamba Allah yang mulia.

Kawan, mari kita lihat betapa Allah dan Rasulnya menghargai tugasan ini dalam kisah puteri kesayangannya Fatimah yang perlu melakukan tugasan rumahtangga saban hari.

Pada suatu hari Nabi datang bertemu Fatimah. Beliau hairan melihat Fatimah mengisar gandum sambil menangis. Selepas diselidik rupa-rupanya Fatimah kepenatan dan beliau meminta Rasulullah memohon kepada Saidina Ali memberikannya seorang pembantu.

Apabila mendengar permintaan Fatimah, Rasulullah lantas mengambil gandum lalu diletakkan pada batu pengisar. Dengan izin Allah batu itu bergerak sendiri dan Fatimah terhibur dengan kejadian itu.

Kata Rasulullah lagi, “Sekiranya Allah mahu, Dia mampu menggerakkan pengisar itu selama mana yang dimahukan. Namun Allah mahu kamu melakukan kebaikan dan mengkifaratkan dosa-dosa serta mahu mengangkat darjatmu.” Nabi juga turut menyatakan perempuan yang berpeluh dan bersusah payah menyediakan segalanya untuk suami dan anak-anak dinilai oleh Allah sebagai kebaikan serta dijauhkan daripada kejahatan dan dinaikkan darjat dirinya.

Antara ilmu yang diajarkan kepada Fatimah bagi menjadikan diri dan jiwanya kaya dan kuat adalah dengan berzikir. Beliau menyuruh Fatimah mengamalkan tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahuakbar) sebanyak 33 kali setiap pagi dan petang. Apabila hati sentiasa ingat dan dekat kepada Allah, pasti juga Allah dekat dengan kita dan bantuannya akan sentiasa tersedia untuk kita sekiranya kita benar-benar bertakwa.

sumber: http://niqobgirl.blogspot.com/2008/06/kisah-saidatina-fatimah-dengan-batu.html

Rujukan: Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub tulisan Syeikh Ali B Abdul Rahman

sumber: http://ibnrajab.wordpress.com/2009/02/28/zikir-33-kali/

Pandai Jaga Suami, Suami Setia… Tidak Pandai Jaga Isteri, Isteri Boleh Buat Apa?
Kesian… kesian… kesian…

Haraplah kasih sayang Tuhan yang sentiasa dekat dengan kita selagi mana kita tetap dekat dengan-Nya.  Hidup ini hanya sementara, kawan. Usah habiskan usia yang ada dengan melayan rasa kecewa yang tiada kesudahan. Sibukkan diri dengan membuat persiapan bagi menghadap Tuhan Maha Esa yang bila-bila masa saja akan menjemput kita.

Islam Moden dan Islam Semangat
Dalam masyarakat Islam kita ini ada dua jenis golongan yang selalu kita jumpa. Golongan pertama yang ingin menjadi  umat Islam moden. Yang kedua pula memiliki semangat agama yang luar biasa.

Kemodenan itu tidak salah. Apa yang sering berlaku, golongan yang berpaksikan kemodenan ini seringkali terlupa dasar-dasar Islam sebenar dan hanya mementingkan kemodenan ala-ala yang diperjuangkan Barat. Mereka ini meringan-ringankan soal syariat Islam. Contoh isu berpakaian, hanya kerena mahu mengejar kemodenan, berpakaian sudah tidak memenuhi tuntutan syariat. Kepala bertutup, namun pakaiannya ketat  menampakkan susuk tubuh dengan jelas. Ada pula bertudung, namun tudungnya tidak menutupi dada dan menampakkan batang tengkuk. Ada juga yang bertudung, memakai seluar paras betis. Apabila tudung labuh sikit, mulalah pandang seperti orang datang dari kampung. Tidak salah kita memodenkan hidup dengan berfesyen tetapi, patuhi garis panduan Islam. Begitu juga dengan hal-hal lain. Mahu nampak moden dan tidak mahu nampak kampung, maka mulalah menunjukkan kemesraan dengan siapa saja. Siap bertepuk tampar antara lelaki perempuan. Modenlah katakan. Mesra.

Ada pula golongan yang bersemangat agama namun ilmunya terhad. Golongan ini sering memandang dan menilai pengamalan agama orang lain kemudian menghukum amalan orang salah dek hanya kerana berbeza dengan pengamalannya. Semangat yang ada pada mereka menyebabkan syariat Islam itu kelihatan sangat ketat dan semangat itu melebihi kehendak agama itu sendiri. Apabila berbeza terus dihukum salah dan mereka tidak mahu merai pandangan orang lain.Perkara-perkara cabang dalam agama yang tiada nas qat’iy diperdebatkan seperti mahu bergaduh sedangkan banyak khilaf antara mazhab kita. Cara mengangkat jari telunjuk ketika membaca tahiyyat dalam solat  diperdepatkan hingga bergegar seperti hal itu rukun dalam solat. Itu contoh saja, dan memang pun perkara ini berlaku.

Bagi mengelakkan kita menjadi sebahagian daripada dua golongan ini,tuntutlah ilmu agama sebanyak-banyakknya. Ilmu Allah sangat luas. Apabila kita berilmu kita akan nampak keindahan Islam dan iman kita terpelihara. Orang berilmu diangkat darjatnya oleh Allah. Orang berilmu dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Siapa bersungguh-sungguh menuntut ilmu pada usia muda, seronok pada waktu tua nanti.

Melabur Masa Dan Wang Untuk Anak-Anak Demi Kepentingan Ummat
Semalam menghadiri mesyuarat Kelab Tahfiz SRIAAG. Alhamdulillah syukur dapat bertemu dan berkenalan dengan para guru dan penggerak kelab ini. Saya mengambil kesempatan ini bertemu ustazah Roslina bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan Nu’aim dan prestasi hafalannya. Sejuk hati mendengar maklum balas positif daripada ustazah. Peluang bertemu ibu-ibu lain bagi bertukar pandangan dalam mendidik anak tidak dilepaskan. Semoga Allah mempermudahkan usaha kami suami isteri dan ibu bapa lain yang berazam mahu melahirkan anak-anak hafiz Quran. Kuatkan semangat kami dan berikan ketabahan dalam mengasuh dan mendidik anak-anak kecil ini menjadi Muslim yang dapat membawa risalah Islam seterusnya dapat membimbing masyarakat mencari redha Tuhan.

Dalam mesyuarat itu juga berpeluang bertemu dengan pengusaha tadika Tunas Ilmu, tempat Isyraf belajar. Turut mendengar maklum balas positif berkenaan prestasi Isyraf di tadika, alhamdulillah. Antara pandangan beliau yang sedang dipertimbangkan adalah, “Tambahlah anak lagi.”

Hari ini dengan minda yang segar dan lapang, menganalisis prestasi akademik anak. Alhamdulillah diberikan kesempatan menghubungi muallim bagi mendapatkan maklum balas berkenaan anak dan mendapatkan tips daripada beliau dalam membantu anak memantapkan akademiknya. Semoga usaha kecil ini diberkati Tuhan. Aaamiiin.

Ayuh para ibu bapa, di samping sibuk bekerja luangkanlah masa mengikuti aktiviti anjuran sekolah anak-anak supaya kita berpeluang bertemu dengan para guru yang mendidik anak kita seterusnya mendengar pandangan dan tunjuk ajar mereka dalam hal mendidik anak kita.

Bagi saya ini bukan bermakna kita hanya memikirkan soal anak, soal kecil, soal yang tidak global, sebenarnya kita sedang berusaha melaburkan masa, wang dan fikiran dalam mendidik anak-anak yang suatu hari nanti mereka juga akan membesar dan memimpin ummat manusia yang juga soal global.

Muslim Super: Memperkasa Akidah Bertaqarrub dengan Allah
Ilmu tanpa amal adalah gila, amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini adalah kata-kata Imam Al-Ghazali yang amat menusuk ke hati sanubari dan terkena kepada batang tubuh semua orang terutamanya orang Islam. Ramai yang mengaku bahawa diri mereka adalah Islam, namun pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Islam adalah cetek.

Perkara-perkara berkaitan akidah, fikah, muamalah dan syariah menjadi suatu perkara sekadar bualan di mulut orang-orang Islam. Namun apabila ditanyakan soalan-soalan yang lebih mendalam mengenainya, kebanyakan terdiam. Mengapa? Kerana penghayatan setiap satunya dalam kehidupan hanya sekadar pada peringkat permukaan sahaja dan bukan mendasar.

Melihat senario masayarakat sekarang, pelbagai masalah dan jenayah berlaku. Semua berpunca daripada iman dan ilmu yang kurang. Jadi kami di Fine Academy mengambil inisiatif memulakan langkah menyediakan platfom untuk masyarakat menadah ilmu fardhu ‘ain. Sebagai sebuah syarikat yang mengusahakan perniagaan dalam bidang training, bayaran yang dikenakan tidak boleh dibandingkan dengan program training lain yang kami tawarkan. Untuk program ini peserta perlu bayar bagi menampung kos yang sangat minimum. Melainkan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang kepada program ini. Bayaran ini dikenakan demi memastikan usaha ini dapat berterusan sehingga bila-bila dan bukan tempat bagi mengaut keuntungan.

Saya menjemput para sahabat melawati link ini, Muslim Super bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini seterusnya penyertaan anda amat dialu-alukan demi agama Islam tercinta.

Damai dan menyegarkan

Kisah Isteri yang Menyokong Suami dalam Hal yang Baik
Ada seorang sahabat bernama Abu Dihdah. Beliau mempunyai dua kebun yang satu baik dan yang satu kebun lagi kurang baik. Beliau berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya, ” Saya ada 2 kebun besar, dan sekiranya saya berikan kebun ini kepada Islam, saya dapat ataupun tidak kebun di syurga nanti.”

Rasulullah berkata, “Jangan bimbang pasti dapat.”

Lalu beliau menarik tangan Rasulullah dan membawa Rasulullah ke rumah yang berada di dalam kebunnya yang baik itu. Beliau memanggil isterinya keluar lalu berkata, “Mari kita pindah ke kebun yang satu lagi kerana kebun ini saya sudah berikan kepada Islam.”

Lantas kata si isteri, “Mudah-mudahan kamu dapat apa yang kamu mahu wahai suamiku.”

Rasulullah terharu dengan situasi ini kerana beliau mendapati pasangan ini sangat baik, bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan dan saling sokong-menyokong. Lalu Allah turunkan ayat 245 surah al-Baqarah yang bermaksud, ” Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang ikhlas supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan ingatlah, Allah jualah Yang meluaskan pemberian rezeki, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Mahu mendidik diri menjadi baik salah satu caranya berinfaklah ke jalan Allah. Wahai para isteri dan suami, berikan sokongan kepada pasangan kita dalam semua perkara yang baik supaya hidup kita mendapat limpah rahmat dan kasih sayang Allah serta balasan baik di sana nanti

Sumber: http://v-bakistani.blogspot.com/2011/10/tafsir-surah-al-baqarah-ayat-245-kisah.html

Orang Berjaya Sentiasa Melakukan Hal yang Bermanfaat
Orang berjaya seringkali memastikan kerja dan ucapan yang dilakukan menghala ke arah mencapai matlamat yang diciptakan. Mereka mengawal apa yang dikerjakan dan apa yang diucapkan.

Sebagai surirumah contohnya, mereka tidak duduk membuang masa dengan bersembang sesama jiran tanpa arah tuju, sebaliknya apabila berbual sekalipun pasti membawa faedah kepada siapa yang terlibat. Kemudahan internet dapat digunakan sebaiknya dan bukan membuang masa membaca status FB orang tanpa jemu, sebaliknya menggunakan ruang FB bagi berdakwah dan berkongsi ilmu serta nasihat berguna dengan rakan-rakan lain. Sering terjadi pengguna FB berkeluh kesah di ruangan status mereka dan tindakan sebegini sepatutnya dielakkan.

Ilmu yang dapat dicapai dengan mudah melalui internet sewajarnya dipergunakan sebaiknya bagi memantapkan kerja mengurus rumahtangga. Melibatkan diri dengan majlis ilmu juga adalah aktiviti yang dapat memberikan manfaat buat surirumah. Apatah lagi andainya ilmu fardu ain yang dimiliki masih setaraf dengan anak-anak sekolah rendah. Sewajarnya para suri mempertingkatkan ilmu ini demi mendidik anak-anak.

Allah menerangkan ciri-ciri orang mukmin berjaya dalam Surah al-Mukminun. Antara ciri-ciri itu adalah tidak melakukan perkara sia-sia. Terjemahan ayat 1-11 surah Al-Mukminun adalah:

Ayat 1 – Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Ayat 2 – Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Ayat 3 – Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Ayat 4 – Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).

Ayat 5 – Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Ayat 6 – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Ayat 7 – Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Ayat 8 – Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Ayat 9 – Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Ayat 10 – Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Ayat 11 – Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Ayuh! kita berusaha mencapai Syurga Firdaus milik-Nya.