Gambar -gambar ini diambil menggunakan Sony Ericsson P910i
Assalamualaikum,
Selamat datang bagi yang menjengah ke laman ini. Mungkin ramai yang sudah melihat gambar-gambar di dalam blog ini. Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga berjaya juga menganjurkan ‘Jalan-jalan Bersama Keluarga’. Bukan senang bagi mencari masa berharga ini. Sebulan dua ni aku cukup sibuk mengisi tanggungjawabku sebagai seorang pengurus dan Pengarah Eksekutif anak syarikat Kumpulan PTS, PTS Millennia Sdn Bhd. “Beribadatlah seperti akan mati esok hari, bekerjalah seperti hidup seribu tahun lagi”
Minggu ini aku membuat keputusan ‘By Hook or By Crook’ aku mesti meluangkan masa bersama keluarga ku. Berjaya juga perancangan kami minggu ini. Hari ini kami melawat ke Zoo Negara membawa anak kecil kami Muhammad Iqbal Nu’aim, pertama kali ke sini. Ayah dan Bonda pun sedia meneman.
Gambar-gambar yang ada di dalam blog ini menceritakan segala memori kami di sana. Kesemuanya diambil menggunakan Telefon Bimbitku yang baru dibeli dua hari lepas Sony Ericsson P910i. TB menggantikan PDA ku yang dicuri minggu lepas semasa ke Bandung atas urusan bisnes. Takpelah mungkin dah takde rezeki dan ada hikmahnya. Alhamdulillah Smartphone P910i jadi pengganti. Hayatilah saat bahagia kami sekeluarga.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









