Selamat Hari Jadi aku . . . hehehe ucap untuk diri sendiri . Seronok masa 1 Ogos hari tu, pagi-pagi lagi ada kejutan, seorang lelaki berbangsa cina bawa sejambak bunga ros merah dan diserahkan kepada aku di depan pintu pejabat. Cina tu peminat aku hehehe. Tak dak lah. Lawak saja. Sebenaqnya suamiku tercinta yang buat kejutan tu. Suka sangat. Ermm memang agak terkejut sebab lama sudah tidak dapat bunga dari suami. Kali pertama 6 tahun lalu masa konvo di USM. Bukan tak dapat bunga dari suami bermakna suami kedekut. Sebenarnya suamiku pemurah (puji sikit tak pa la kan. Abang ati nak perfume dan bedak muka tu hehehe). Banyak benda lain yang diberinya. Cuma kali ini dia rasa nak bagi bunga kot. Langkah bijak suami dalam usaha menyemarakkan kasih antara suami isteri, bagus tu.
Sepanjang hari menerima ucapan-ucapan dan doa dari kawan-kawan, saudara mara termasuk mama-mamaku membuatkan hari jadiku lebih bermakna. Petang pula, adik aku Dihah dengan murah hati memberikan aku hadiah sebuah beg tangan. Sanggup pula datang mencari aku di pejabat dan menapak naik ke tingkat atas ni semata-mata hendak berikan hadiah kepada aku. Terima kasih 10x. Semoga kenduri hang nanti berjalan lancar dan berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Kalau tidak kerana ada orang buat kenduri di pejabat tengah hari tu, dapatlah aku ajak Dihah belanja aku. Tak pa, nanti lepas dia kawin kita serbu suruh dia belanja. Malam pula ada majlis makan malam Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah, murah rezeki aku suami isteri pada hari istimewa aku ni. Siang ada orang belanja, malam pun ada dinner. Tambah istimewa apabila aku mendapat hadiah cabutan bertuah malam itu. Dapat oven, hehehe alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana menghiburkan hati aku pada hari itu.
Sejak kebelakangan ini ada beberapa kawan lama yang cuba menghubungi aku semula. Inipun membuatkan aku berasa seronok sangat. Tandanya diri kita masih diingati. Mula-mula tu Ija atau Azniza Mohd. Radzi x-roommate aku kat MRSM PC. Dia tinggal komen di shout box sini. Kemudian Jashida Jaafar, tinggal pesanan di friendster. Kawan karib masa di matriks USM di KMK. Kemudian Zahirah kawan karib aku semasa di bangku sekolah rendah dulu, hubungi aku melalui SMS. Itulah hikmahnya meletakkan nombor hp pada kad jemputan kenduri. Aku teringin sangat hendak jumpa hampa semua. Tapi bila ye? tungguuuu akan tiba masanya nanti . . . InsyaAllah.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
ammvoiii, romantis de amo nyerrr.. ihiks