Hari ini aku bercuti. Aku dan isteri terpaksa berselang seli mengambil cuti disebabkan tiada siapa yang dapat membantu menjaga anak-anak ku di rumah. Mama aku baru sahaja buat pembedahan mata yang mana tidak dapat bergerak banyak dan buat kerja berat. Sebelum ni mama aku nilah yang menjaga kedua-dua anak aku dengan bantuan ayah aku selepas maid aku buat hal 3 bulan lepas. Bukan aku tak nak hantar ke nurseri tapi apabila perkara ini dibangkitkan mak aku terus berubah air wajahnya. Mulalah nak titiskan air mata, merah mata dahlah matatu memang sakit dah. Terpaksalah menunggu sampai dapat maid kedua yang jangkaannya dalam penghujung bulan ini baru sampai.
Sementara tu mama mertua aku dan adik-adik ipar aku bersedia membantu cuma minggu ini mama mertua aku berkursus 10 hari, adik ipar aku yang ketiga ada temuduga dan adik ipar aku paling bongsu tak sanggup dengan karenah anak-anak saudaranya
tambah pula tanpa mama mertuaku. Minggu depan baru mereka boleh datang ke sini.
Tak mengapalah, nak buat macamana. Bagus juga, aku boleh lihat projek kegilaan yang baru. Buat kertas kerja dan penyelidikan. Cuma tak tahu setakat mana boleh buat dengan karenah anak-anak aku. Aku akan cuba sehabis baik. Ni pun anak baru tidur baru boleh buka sekejap blog ini.
M.Nasir, Pertemuan menarik
Semalam aku bersama CEO, Tn. Haji Rashid dan staff aku, Ikram ke Studio Luncai Emas di Bandar Baru Sungai Buloh, pejabat Mohd. Nasir Mohamed ataupun lebih dikenali dengan Sifu M. Nasir. Tak kenal? Mesti semua kenal.
Kami ke sana bagi membuat perbincangan projek terbaru kami. M. Nasir ni orangnya simple dan tak banyak bercakap. Satu perkataan… satu perkataan. Dan bercakap bila ada perkara penting sahaja. Dia memang seorang yang sibuk dan pertemuan ni pun kami dapat selepas beberapa minggu menanti.
Banyak perkara dibincangkan cuma apa-apa hal perlu dibincangkan semula. Apa projeknya. Tungguuuuuu…………!!!!!!!!!
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com