Hati Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu!

Choosing The BestAku lama dah tak mencoretkan keadaan semasa aku sekarang ni. Bagi sesiapa yang biasa membuka blog terdahulu pasti pernah terlihat catatan aku mengenai staff aku. Pada masa itu aku ada mencatatkan aku sudah mengambil seorang staff pada pandangan aku berdedikasi, namun begitu telahan aku tu salah. Staff yang aku harapkan membawa idea segar dan keghairahan bekerja rupanya elok sebentar. Selepas itu baru terselah segala keburukan dan kesusahan. Itulah yang aku katakan pandangan mata tidak dapat mengetahui hari. Hati hanya Tuhan yang tahu.

Walauapapun aku bersyukur sebab segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Staff wanita yang dahulunya aku katakan bagus tu sudah dinasihatkan berhenti dan meletakkan jawatan pada 30 Ogos 2006 yang lalu. Alhamdulillah, lepas itu aku diberikan kuota menggantikannya dengan 2 orang staff baru. Dan pada ketika ini aku sudah bertekad bagi mengambil staff yang lebih baik.

Alhamdulillah aku sudah mendapat seorang staff baru yang dilihat berdedikasi. Aku tak boleh katakan dia ini bagus lagi sebab sebelum ini aku sudah membuat telahan yang silap. Namun begitu staff baru ini lebih menyebabkan aku optimis dengan dia. Banyak gerak kerja yang dahulunya perlu siap dalam seminggu boleh siap dalam dua tiga hari. Harapan aku dia boleh memacu gerak kerja syarikat aku lepas ini.

InsyaAllah 1 Oktober ini aku akan mendapat seorang lagi staff, wanita. Beliau merupakan bekas editor di sebuah syarikat penerbitan buku kanak-kanak. Setakat yang aku lihat dalam resumenya dia berpengalaman dalam urusan penerbitan novel dan cerpen. Dia akan ditugaskan membangunkan produk terbaru syarikat aku NovIslami : NOVEL ISLAMI yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Di samping itu juga dia akan mengisi kekosongan yang diisi oleh editor perolehan yang meletakkan jawatan tempoh hari iaitu produk wanita dan cinta.

Harapan aku staff-staff baru ini dapat mengurangkan bebanan tugas dan membangunkan syarikat aku selepas ini. InsyaAllah aku akan memberikan tunjuk ajar terbaik kepada mereka.

“Ya Allah! Berikan kekuatan kepada aku Ya Allah! Amiin!!!”

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*