Seronok hidup di kelilingi anak-anak yang cerdas dan cergas. Mereka inilah makhluk Tuhan yang comel dan setia meriuhkan hari-hariku. Muhammad Iqbal Nu’aim tahun ini akan menjangkau 9 tahun, Muhammad Isyraf Idraki 29 Jan ini akan berusia 6 tahun, manakala Nur Aisyah Humaira’ akan menjangkau 3 tahun Mei tahun ini. Ibu sangat sayang kamu semua. Kalau ibu marah-marah kamu, tandanya sayang ataupun kadang-kala itu ibu berasa berserabut sebab lupa mahu berzikir pada Tuhan, itulah cepat marah. Sesungguhnya tanpa kamu semua, hidup ibu akan sunyi sepi. Sayang kamu sampai bila-bila. Pesanan ibu, apabila ibu dan ayah sudah menjadi arwah nanti, hari-hari kirimkan hadiah buat kami dengan doakan keampunan buat ibu dan ayah. Tentu ibu dan ayah gembira di sana.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my