‘Hijab Sang Pencinta’ – Ramlee Awang Murshid

28

Bersyukur kerana diberi peluang Allah Ta’ala menghabiskan bacaan buku Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Sehari juga mahu menyudahkannya. Sambil-sambil mengurus kerja rumah dan melayani anak pada hujung minggu, aku mencuri-curi ruang membaca novel ini.

Sepanjang menelusuri novel itu, aku tidak henti-henti mengagumi bakat yang dianugerahkan Allah kepada penulis novel yang seorang ini. Gaya bahasa dan garapan ceritanya cukup mempesona membuatkan 500 halaman novel itu aku rasakan belum cukup puas.Sesiapa yang mengikuti dan membaca trilogi ini, pasti tertawan dengan hero ceritanya, Laksmana Sunan. Di dalam hati kecil tertanya juga, ada ke manusia seperti ini sekarang? Baik ya’amat. Jawapannya hanya Dia yang tahu.

Namun apa yang lebih penting pengajaran dan iktibar yang diperoleh seusai membacanya. Watak hero itu dapat memberikan insprirasi kepada pembaca supaya berusaha menjadi hambanya yang patuh dan taat kepada Sang Pencipta. Dalam kehidupan harian kita banyak-banyak ingatkan Allah. Apabila bertemu dengan ujian dan dugaan, sentiasa tabah dan bertawakal kepadanya. Tiada kuasa lain yang lebih kuat berbandingNya. Dia yang mencipta segalanya termasuk syaitan dan thaghut laknatullah. Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada yang benar.

Apa lagi, cepat dapatkan Hijab Sang Pencinta di www.e-kedai.net.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Comments

28 Responses to “‘Hijab Sang Pencinta’ – Ramlee Awang Murshid”
  1. wan says:

    Hai..saya pun peminat Ramle Awang Murshid.. waktu zaman tak ada anak dululah…sekarang dah tak sempat nak baca. Hmm.. selamat berkenalan yer.. saya ni kawan fauzul suatu masa dulu..

  2. azman says:

    saya berkongsi pandangan dgn anda. ramlee AM mmg seorang penulis yg kreatif. selain HSP ni (bhg treakhir trilogi Bagaikan Puteri), sya menikuti novel2 nya yg lain dan sya mengesyorkan anda hayati juga novel nya yg lain seperti HATIKU DI HARAJUKU, SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO, RANGGAU, ADAM semuanya menitik beratkan ketaqwaan kepada Nya.

  3. ummunuaim says:

    Wan, selamat berkenalan. Azman, semua koleksi yang awak sebut tu saya dan fauzul sudah ada. Semuanya ada tandatangan ramlee hehe.

  4. Afiqah says:

    Ni pulak pendapat saya.Saya rasa novel Ramlee AM mmg best.First time saya baca(time sunan kena tembak)tangan saya mengeletar lepas tu saya meraung sampai org kata saya nie gila.Alahaiii…Nasib badanlah kena penangan Laksamana Sunan!!!!

  5. raihana says:

    assalamualaikum…
    saya memang peminat novel-novel RAM
    lebih-lebih lagi trilogi bagaikan puteri
    ceritanya memang best dan saya memang meminati watak
    laksamana sunan.
    ketika laksaman itu meninggal dunia di akhir hijab sang pencinta
    saya lah orang yang paling sedih skali.so bagi sesiapa yang belum membaca novel-novel ni jagn lepaskan peluang.
    ceritanya memang menyeronokkan..
    wassalam.

  6. sang ratu says:

    assalamualaikum….
    saya pun dah baca novel hebat ni…sejak dari musim pertama lagi….
    sayangnya nak lepaskan cerita ni…dah abis dah 2005-2008…kejapnye rase….penantian tu yg terasa lama….arh…
    novel ni klu nk bandingkan dgn novel ayat2 cinta, mmg xde kurg mane pun ngan nvl dari indonesia tu….tp, trilogi ni lagi menyengat la…klu tgk cite hantu ke..teringat citer nie…perh…kuat sungguh penangannya…
    kpd sape2 yg rase dirinya kena penangan laksamana sunan…jgn risau,
    sye ni pun turut terasa….arh….tp, rase beruntung sbb diberi peluang oleh ALLAH utk menghayati nvl ni dari perspektif yg lain dan menerti lebih mendalam…

  7. HoneY says:

    salam,
    saya pon big fan Ramlee Awang Murshid nie….hampir kesemua karya/novel beliau saya dh baca…dan watak Sunan yg paling saya suka….seakan2 Sunan betul2 wujud di abad-15…saya hampir percaya tau :razz:

  8. zetyizziera says:

    Salam..Saya juga salah satu peminat Ramli Awang Murshid.Karyanya yang sungguh bagus membuatkan saya benar-benar tertarik untuk terus membaca.Saya harap En. Ramlie dapat menghasilkan lagi karya-karya yang lebih bagus..Dengar kata kehadiran ‘Mikhail’ akan muncul ye En.Ramlie hehehe..

  9. Adlia says:

    Assalammualaikum… sy pun peminat RAM gak,sy student lg, jd tak cukup bajet sgt nak collect buku2 ni, tp hampir kesemua sy dah baca, memang BEST giler arrgh… sy rasa sy dah jatuh cinta dgn Laksamana Sunan la… habisla Haryani nanti kena fight ngan saya.huhuhu

  10. sabrina bt sabri says:

    salam… sy ni peminat beliau jak… sy ni pelajar n sem mik sastera komersial. pensyarah sy suruh pilih penulis n pegi temuramah mereka. so sy nk pilih ramlee awng mursid ni. klu boleh sy nk mintk tolong.. sy nk no fon beliau.. boleh x???
    huhu

  11. Haryani says:

    Assalamualaikum.. smemangnya sya BIG fan Ramlee Awang Murshid.
    Asalnye saya bukanlah seorang peminat novel. tapi, lepas disyorkan oleh rakan hikayat Laksamana Sunan ni, saya terus mengikuti kisahnya.
    Kebanyakan novel2 sperti SATU JANJI, BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU, HATIKU DI HARAJUKU, UNGU KARMILA, dan pengkahiran kisah Laksamana Sunan ni (HIJAB SANG PENCINTA) betul2 memuaskan hati saya. hampir2 saya percaya dgn kewujudan beliau.
    saya juga begitu tertarik dengan penggunaan bhasa dlm novel2 beliau.
    Anyway… saya berharap kisah Laksamana Sunan ni dpt di filemkan supaya mnaik tarafkan lagi martabat filem melayu kita. Kenapa tidak kita harus berbangga dgn pahlawan Melayu kita?
    -Wassalam-

  12. ja says:

    assalaamualaikum semua……..
    sy mmg suka bace novel tp dek krn novel gak sy selalu lewat2kan kewajipan sy
    mcm klu mak panggil sruh buat kerja ,sy jalan lambat2 n x ikhlas.
    alhamdulillah skrg sy dah sedar
    skrg mak panggil ,sy terus g.
    ni sume sb novel2 yg dtulis oleh penulis novel thriller no 1 kite(R.A.M)
    sb novel beliau sume berillmiah, tak jiwang sgt dan yg paling penting selalu
    guna konsep amar ma’ruf nahi mungkar

  13. ratu sulaman says:

    as’kumm…

    saya mmg susah nk bc novel apalagi bab jiwang2 saya tak suka… but adik suggest utk baca novel ni… mcm tak caya pulak.. tertarik sgt dengan perwatakan laksamana sunan… jalan ceta gaya bahasa penyampaian terkesan dihati… sampai berlinangan air mata membaca dan menghayati … anyway tahniah kepada Ramlee Awang Murshid… banyak teladan yang disampaikan..

  14. atie says:

    Asmlkm….sy minat giler ngn novelis semua koleksi novelnya sy ada. sy mula mengenali Ramlee bermula ‘Tombirou’ dan terus menghimpun koleksi seterusnya. Dari Adam hinggalah Ungu Karmila dan sekarang novel terbarunya….kengkawn tak meminati tapi sy wah wah wah……………………………

  15. Zue@Ryen says:

    Salam…sya mmg peminat semua novel Ramlie AM. Knpa RAM x filemkan novelnya?? cnfirm kalah semua movie citer hantu… sya da bosan tgok citer seram yg citer ttg hantu. Sya suka citer seram yg bkn hantu mcm krya RAM yg sebelum ni spt Ranggau n ungu Karmila. Sapa sokong!

  16. Keen says:

    Sy ske sgt bce nvel ramli AM. Bnyk tldn n pngajrn yg dpt sy mbil.. Sy bru hbis bce nvel trilogi: bgaikn pteri, cnta sg rtu n hjb sg pncnta. Tk sbr nk bce bku strusnye… Mikhail…

  17. pinkmania says:

    sgt2 suke ngn watak Laksamana Sunan..love him,heee :)

  18. nyet-inayah says:

    siapa la agaknya yang layak pegang watak laksamana sunan andainya ingin difilemkan yer? tapi sekiranya novel ini difilemkan, ianya bakal menjadi perintis cerita yang lain dari yang lain…..islamik.

  19. nuraini says:

    salam semua…
    sye pun pminat ramlee gak…
    lepas bce bagaikan puteri, terus jatuh cinta kat laksmana sunan.. hahahahahahahhaa
    tapi semua novel2 RAM ni memang best…
    first time bce karya beliau ( rahsia perindu ) terus melekat….
    sekarang baru jer selesai bace novel Ungu Karmila… memang syok abis…
    now, nak bace novel hijab sang pencinta plak,….
    xsbar nak bace kesudahan cerita bagaikan puteri ni….
    ske sngt kat watak laksamana sunan tu…:)
    tahniah RAM….
    moge karya terbaru makin best and suspen!!!!!

  20. hanis3095 says:

    saya minat laksamana sunan n haryani padan gak merka 2……….kisah cinta mcm2 lagi……….

  21. nur says:

    minat sdah aku dkat laksamana sunan…..love him n haryani……………..

  22. Nurqistina says:

    Assalamualaikum..
    Sy mula baca novel RAM ni semasa kwn sy dr UIA hadiahkn sy novel bertajuk CINTA SANG RATU.. lps 2 sy bli novel smbungan novel 2 iaitu HIJAB SANG PENCINTA…tp sygnya sy x bca lg novel yg BAGAIKAN PUTERI tu.. Perwatak Laksamana Sunan dalam cerita ni buat sy kagum.. akhlaknya baik..taat kepada ALLAH.. sy rsa diri sy berada di dlm cerita ni semasa membaca novel2 ni.. jln cerita ni memberikn sy kesedarn n keinsafan.. Tahniah n terima kasih kpd En.RAM krn mghasilkan karya sy berunsur Islam ni.. novel ni meninggalkan kesan yg mendalam bg dri sy.. dan Alhamdulillah novel ini sedikit sebanyak membawa sy mengenali Islam.. :-) Semoga En. RAM terus bejaya dalam bidang penulisan ini..AMIN.

    Wassalam..

  23. hazali bin hasan says:

    keseluruhan novel ini bagus.jalan cerita yang menarik.Cuma di penghujung cerita ada menyatakan tentang ajaran sesat dan penulis memberi contoh Memali.Adakah penulis membabitkan Memali sebagai ajaran sesat hanya melalui prasangka,ikut-ikutan atau sokongan fakta dan kajian yang tepat?untuk pengetahuan penulis dan peminat-peminat yang telah membaca novel hijab sang pencinta, para pejuang memali yang terkorban dalam peristiwa 19 Nov 1985 bukan sahaj diiktiraf syahid oleh Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah iaitu almarhum Tuang Guru Yahya bin Junid malah Sultan Kedah,Tuanku Abd.Halim Muadzzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.Di samping itu kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali.Selain dari itu tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa as-Syahid Ustaz Ibarahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.Mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat adalah satu penghinaan kepada para Syuhada.Kegagalan memahami sejarah peristiwa itu akan menyebabkan umat Islam makin keliru dan membangkitkan kemarahan kepada golongan yang mencintai Islam.Untuk pengetahuan semua,Dewan Pemuda PAS Kedah sedang dalam proses menyaman akhbar Kosmo atas isu yang sama.Sila rujuk akhbar Harakah edisi Jumaat,Bil.1484/11-13 Zulkaedah 1430H bersamaan 30 Okt- 1 Nov 09 dan Harakah edisi Jumaat,Bil.1486/18-20 Zulkaedah bersamaan 6-8 Nov.09.

  24. eyda_b'pink says:

    fuyooooo…..best sangat100x semua karya ramlee….aku baca sampai tak terkelip mata…best sangat2x…tabik hormat kat ramlee ler…karya2 dia semuanya lain dari yg lain…yg paling best sangat aku suka jalan cerita dia yg tidak terlalu kpd percintaan semata-mata…lebih kpd agama,kekeluargaan, penyiasatan,pembunuhan,dan lain2 lagi…rugi tau kalau tak baca novelnya…apa pun, semoga berjaya aku ucpkan pd ramlee dalam bidang penulisan….

  25. hajar says:

    citer best giler..rugi kepada sesiapa yang minat bace novel tp x bace novel nie…..hehehe
    semoga kepada karyawan ramlee awang murshid :
    -akan adanye novel triller yang lg mencabar
    -novel ini di lanjut kan
    -idea2 yang menarik hati semua peminat setia novel anda
    -novel2 yang kearah keagaman adalah satu dakwah
    -semoga berjaya dalam hidup……

  26. Nora says:

    Assalamu’alaikum semua,
    Salam sejahtera dan semoga kita semua dlm lindungan Allah SWT,amiin…
    Saya gembira kerna dpt kongsi kegembiraan saya setelah membaca ketiga-tiga novel – Bagaikan Puteri,CInta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta dalam kurang sebulan saya sudah selesai membaca kesemuanya…
    Sebelum ini saya tidak kenal dan belum pernah baca novel dari RAM..
    buku pertama yg saya baca adalah Cinta Sang Ratu, saya amat tertarik dgn jln ceritanya walaupun pada awalnya saya agak keliru dgn cara tutur kata2 dan suasana jalan cerita itu namun babak laksamana sunan membuatkan saya tertawan dan terpegun dg keperibadiannya yg luhur dan sentiasa rendah diri, serta beriman sepenuhnya kpd YA RABB hinggakan lawannya di beri tawaran terlebih dahulu kpd keinsafan, Laksmana Sunan adalah jejaka idaman saya….hehehe….
    Semoga Allah ketemukan saya jodoh dgn seorang jejaka yg mempunyai ciri2 seperti ini… amiin….
    Harapan saya semoga novel trilogy ini dpt di realisasikan menjadi filem…. kerna byk unsur ugama ada diterapkan dlm cerita ini yg boleh memberi manfaat kpd kita semua, insya’Allah…
    Syabas encik RAM, semoga berjaya dan akan membuahkan karya yg bagus seperti ini di masa akan dtg,amiin….
    Wassalam
    dari Singapura

  27. lyenna says:

    hijab sang pencinta”best oh ceta dia,spae tak baca rugi oh”

  28. razis marcus says:

    mmg sume novel trilogy ni best…i baca slow2 sbb tkut cpt abis…ngeeee….
    ada novel baru tak frm RAM?

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!