Ibu beli Big Jigsaw Puzzle…


Ha ha, ni permainan Nu’aim yang terbaru, Big jigsaw puzzle. Ibu sengaja beli jigsaw puzzle yang bersaiz besar sebab ini introduction edition untuk kanak-kanak sebaya Nu’aim 2 tahun setengah. Ada beberapa pilihan gambar sebenarnya, gambar di zoo, ABC dan sebagainya. Tapi saya pilih yang bertemakan nombor sebab sekarang memang tengah memperkenalkan Nu’aim dengan nombor. Nak bagi dia kenal nombor dan tahu membilang. Alhamdulillah sekarang dia sudah dapat membezakan nombor walaupun kekadang tu tersilap dan keliru jugak. Tak ape biar dia belajar perlahan-lahan. Ini adalah salah satu cara atau permainan yang saya perkenalkan pada nu’aim utuk silibus nombor ni. Sebenarnya banyak lagi permainan lain seperti main tengok2 jam. Dia mintak kita sebut satu2 nombor yang ada pada jam tu. Buku berkaitan nombor pun sudah ada.

Memula tu Nu’aim tak reti gak nak main benda jigsaw puzzle ni. “Apa ni ibu?” Lepas tu saya ajar dia main perlahan-lahan. Bila dia faham dia terus suka dengan permainan baru ni. Setiap hari hampir sepuluh kali dia asyik cantumkan jigsaw puzzle ni kemudian leraikan semula. Bila ibu kat opis dia main dengan wan dan maktoknya. Tapi, bila ibu balik, emmm siap la, “Ibu, come on ibu.” Siap cakap org putih lagi. Ni, nak ajak saya main.

Mengapa saya beli permainan ini? Pertama: dapat membantu perkembangan minda. Kedua: Mencabar minda. Ketiga: Saiz besar dan sesuai dengan usia Nu’aim sekarang. Keempat: Latihan awal dan sy akan belikan jigsaw yang bersaiz kecil dan lebih mencabar bila tiba waktunya nanti.

Saya memang suka beli benda-benda untuk anak. Biar saya tak beli untuk diri sendiri asalkan duit itu saya guna untuk anak. Biar dia rasa gembira. Sebenarnya kenapa saya buat begitu. Sebab saya sedar saya adalah ibu yang bekerja office hour. Pegi keje 8.15 pagi balik dah 7 malam. Kul 11.00 dah masuk tido. Esok pagi kekadang tak sempat jumpa Nu’aim sebab dia masih tidor waktu saya dan suami nak ke tempat keje. Jadi , lebih kurang 4 ke 5 jam je sehari saya berpeluang bermain, mendidik dan melayan karenah anak. Itu sebabnya kalau saya ada hal hujung minggu di pejabat, saya bawa Nu’aim sekali. Kesian dia, ibu dan ayah terlalu sibuk. Itu sebabnya saya kekadang menghabiskan wang untuk menggembirakan hati Nu’aim di samping mendidiknya. Sebab saya tak punya masa yang banyak untuk dihabiskan bersama Nu’aim. Duit boleh dicari, manfaatkannya betul-betul. Ibu dan ayah mahu Nu’aim gembira sayang…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*