Ibu Cuti, Best!
“Ibu, esok ibu cuti kan!,” Nu’aim yang disangka sudah tidur, rupa-rupanya belum melelapkan mata.
“A’ah, kenapa?”
“Pagi esok kita kayuh basikal pusing-pusing Sungai Marong, boleh?” Nu’aim menyuarakan rancangannya esok.
“Boleh saja. Itupun kalau cuaca baik, tidak hujan. Dengan syarat, bangun sembahyang subuh.”
“Baik.” Nu’aim dapat melelapkan matanya dalam keadaan gembira. Begitu juga Isyraf yang mendengar perbincangan tadi, dia turut teruja mahu ikut serta.
Apa lagi, pagi tadi Nu’aim sanggup bangun awal, mandi kemudian solat subuh. Tidak henti-henti bertanya bila mahu mula kayuh basikal. “Tunggulah sehingga ayah pergi kerja.”
Isyraf dan Nu’aim naik basikal. Ibu menyorong stroller Humaira’ yang baru masuk 7 bulan. Berpeluh juga pusing kawasan perumahan Sungai Marong ini. Kalau tidak kayuh basikal, kami berjoging sama-sama. Kadang-kala ibu bawa kereta ke taman permainan terdekat dan habiskan 45 minit di sana. Seronok sekali-sekal begini melayan kehendak anak-anak. Lagipun ia aktiviti yang menyihatkan. Beginilah salah satu cara menghargai anak-anak. Tidak perlu keluarkan wang ringgit. Peruntukkan sedikit masa, tenaga dan kemahuan melayani dan menyayangi mereka.
Tengah hari pula Nu’aim mahu makan rendang ayam. Dum dam dum dam kelentang kelentung siap bahan-bahan untuk masak rendang. Sambil memasak rendang, melayan Isyraf makan nasi dan tomyam. Apabila rendang sudah hampir masak, ternampak ada seketul lengkuas di bawah meja. Hahaha rendang ibu tiada lengkuas, larilah sikit rasanya. Kes tidak perasan lengkuas terjatuh bawah meja tadi. Biaq pi la setengah (BMR disengajakan).
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Komik-M, Komik yang Mendidik dan Menghiburkan - February 19th, 2010
- Cakcibo... Pasukanku Menang Kejohanan Boling PTS 2010 - February 12th, 2010
- Hari Pertama Masuk Darjah 1 - January 13th, 2010
- Kasih Sayang Allah Itu Luas - December 4th, 2009
- Apa Rasa Apabila Sembahyang? - December 3rd, 2009











mmm puan tau tak dalam opis ini saya yang paling suka cuti. kalo ada ot saya tuntut cuti gantian. masa saya dengan anak – ank terlalu terhad…….. a