Ikhlaskan Hatimu

“Ayah sudah makan?” tanya suami kepada isterinya.
“Sudah.” jawab si isteri singkat.

Si suami yang baru balik kerja terus menjamah makanan. Letih mencari rezeki. Si isteri pula yang sejak pulang kerja terus memasak, jemput anak-anak balik sekolah, siapkan anak makan mandi, mengemas, membasuh, belum pun makan. Si isteri kecil hati kerana suaminya hanya prihatin dengan ayahnya, tidak dengan dirinya.

Sudahnya apabila hatinya sedikit sejuk, isteri menjenguk ke dalam periuk nasi. “Nasib baik ada sikit lagi, kalau habis padan muka, kecil hati sangat.”

Si suami sudah pun mengadap laptop di bilik kerjanya. Si isteri baru mahu suap nasi, “Ibu, nak makan.” Anak pula datang mahu makan lagi dek lauk ibunya masak teramatlah sedap, lantas disuapnya ke mulut anak sedangkan perutnya sendiri sudah lama berkeroncong.

Beginilah isteri dan ibu. Sekiranya tiada sabar, kerja saja, pahala kosong, sebab semua kerja mahukan penghargaan dan perhatian suami. Biarlah perut kosong masuk angin, kalau pahala kosong ruginya membawa ke akhirat kerana buat kerja tidak ikhlas kerana Allah. Lebih baik, buat saja kerja, usah fikir orang kisah pada kita ataupun tidak.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*