Imbasan Memori Mengandung Anak pertama (Bahagian 2)

Suami menggunakan teknik mengugut kerana nak suruh isteri makan nasi…
Suami aku menggunakan teknik ini dan terbukti berkesan. Ini kerana masa aku mabuk teruk, aku langsung tak buleh nak tengok makanan terutama lauk pauk yang berminyak2, apatah lagi nak makan. Oleh kerana suami nak suruh aku makan nasi juga sbb risau akan kesihatan aku dan kandungan ku, dia mula mengugut macam2. Antara ugutannya berbunyi, “Kalau tak mau makan abang nak telepon mama nak habaq kat dia kata ayang tak makan nasi.” , “Kalau tak mau makan nasi jom kita pi hospital sekarang jugak.” Disebabkan aku takut kat mak mertuaku dan takut kena tahan di wad aku gagahi juga menjamah nasi yang siap terhidang depan aku dan ikan sepat kering yang digoreng oleh suami tercinta. Itulah menu yang aku sendiri minta. Sambil menangis aku paksa diri ku menjamah hidangan ‘istimewa’ itu. Suami aku berpuas hati sebab aku telan jugak 2 3 suap walaupun tak habis. Aku bukan mengada2 tak mahu makan, tapi memang dah tak buleh nak makan… Aku tak nak jadi isteri yang mengada2… Aku pun tak suka sikap yang macam tu…

Aku benci dengan iklan KFC, Mc Donald dan semua jenis iklan makanan
Bila aku tengok TV, sampai part iklan makanan2 ni aku tutup telinga dan pejam mata. Kalau tengok drama atau filem, part makan2 aku pejam mata jugak… Punya la takut dengan makanan…Dengaq muzik iklan makanan pun sudah cukup meloyakan tekak aku.

(Bersambung….)

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. Ni sudah kena SCM (Sindrom Cuak Makanan) ini…ada juga yek org mengandung takut ngn makanan. Selalunya yg saya tahulah, tgk dari cerekarama, org yg mengandung mengidam gila-gila. Ni akak cuak ngn makanan. Ishh..logik logik.

Speak Your Mind

*