Inferiority Complex 2 (Macam Cerita Buli Pulak Ada 1 dan 2)
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Kelima (Asrama Dayasari) adalah langkah pertamaku mengenal erti kehidupan. Dahulu aku tak kenal apa itu makna hidup siswa sisiwi, disko, keluar malam, maple (Makan Place) dan sebagainya. Di sini juga aku kenal apa itu usrah yang sebenar, sebelum ni aku cuba tubuhkan usrah kat Sains Machang, Alhamdulillah berjalan. Masa itu aku jadi Ketua Unit Usrah dan Dakwah Persatuan Pelajar Islam (PPI), hanya sekadar ambik modul usrah dan jalankan. Ia dibuat tanpa belajar dengan sesiapapun.
OK berbalik kepada cerita yang lalu mengenai abang senior bertemu dengan aku tu. Nama abang senior ni Muhammad Nawar Ariffin, Presiden Jawatankuasa Bersama Pusat Pelajar 1995/96. Persatuan yang menaungi pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains. Aku tak pernah kenal dia sebelum ni, tapi mungkin sebab kami ni sama-sama orang utara jadi kami mudah menjadi mesra. Beliau datang ke bilik aku di Kolej Kediaman Kelima (5th RC) UM. Aku ketika itu tinggal di tingkat 4 dan dia tinggal di tingkat 2. Namun begitu aku takdak, dan dia tinggalkan pesanan pada roomate aku Nazri untuk ke biliknya. Apabila balik dan menerima mesej tersebut, aku terus ke biliknya.
Nawar ni tinggal bersama seorang senior yang lain, Mohd Nizam Sahad namanya. Nizam ni glamor sebab jadi striker 5th RC. Kira striker ganaslah pada masa tu. Dia ni mahasiswa Tahun 3 Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM. Ada cerita menarik juga antara aku dan Nizam ni. Itu kita citer kemudian. Nawar menawarkan aku menjadi pengarah projek terbesar Pusat Asasi Sains UM iaitu Malam Emas Asasi. Ait! Aku pun terkejut, mengapa boleh dia memilih aku sebagai pengarah sedangkan dia sendiri tak kenal aku? Aku pun bertanya dengan dia soalan tu. Dia beritahu bahawa instinct (firasat) dia mengatakan aku ni orang yang paling sesuai untuk jadi pengarah projek tu. Macam ada 6th sense pulak dia ni. Aku bertanya dengan dia berapa kos projek tu dan siapa tanggung kos? Dia beritahu, projek itu kosnya RM 15 K dan Pusat Asasi hanya menanggung RM 3k je.
Cuba bayangkan pada masa tu apa yang bermain di hati aku? Seorang yang tak pernah pegang jawatan besar masa di sekolah, tak pernah kenal projek U, tak pernah kendalikan organisasi besar diberikan tanggungjawab sebesar tu. Aku menarik nafas panjang pada masa itu. Senyap tanpa bicara. Kemudian aku meminta masa untuk berfikir dan akan memberikan jawapan dalam masa 3 hari. Nawar bersetuju.
Sambung…..
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









