Berada di atas katil di hospital sambil tangan sedang dicucuk-cucuk jarum oleh jururawat bagi mencari venaku yang halus cukup merimaskan dan menyesakkan dada. Kehadiran pakar yang baik, mesra dan lemah lembut bersoal-jawab dan memeriksa aku mengurangkan takanan yang di hadapi. Perut aku yang semakin sakit dan badan aku yang terasa semakin lemah dapat ditahan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah. Sebaik disahkan mengandung luar rahim mulut dan hati aku tak henti-henti berzikir, ingat padaNya. Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Yassir wala tu’asir rabbi tammim bilkhair. Itulah yang aku sebut-sebutkan supaya segala proses rawatan berlaku dengan mudah dan berakhir dengan baik. Ubat gastrik dan kemudiannya ubat usus yang aku ambil rupanya bukan rawatan dan penawar yang betul bagi penyakit sebenarnya. Selepas didiagnos sakit usus, mungkin apendiks pula dan aku nyaris-nyaris sudah hendak dibedah disebabkan kes aendiks. Ini berlaku gara-gara aku sendiri tidak menyedari diri aku mengandung. Teruk sekali! Kalau sudah ‘berdarah’ tiap-tiap bulan bagaimana aku hendak menyangka aku mengandung. Rupa-rupanya darah kali ini bukan darah biasa yang aku alami.
Jadi sebagai ingatan aku dan wanita serta ibu-ibu di luar sana selalulah lakukan pemeriksaan bagi mengesah kehamilan, walaupun anda ‘berdarah’ tiap-tiap bulan. Terutama mereka yang berhenti mengambil sebarang jenis kaedah kontraseptif. Apa? Apa itu kaedah kontraseptif? Nama glamournya kaedah merancang. Kemudian selepas kita pasti kita hamil, pastikan diri kita sihat. Kalau ada mabuk, muntah-muntah, pening-pening itu perkara biasa. Tetapi andainya badan kita mula bersuara dengan menzahirkan rasa-rasa sakit yang amat sangat pada bahagian kiri, kanan ataupun keseluruhan perut segeralah berjumpa doktor bagi memastikan kedudukan kandungan anda berada di mana. Tambahan pula kalau ada darah keluar tidak berhenti-henti tidak kira banyak ataupun sedikit. Selepas menjalani ujian ultrasound atau nama glamournya scan, biasanya kita dapat tahu di mana kedudukan kandungan itu berada. Kalau tiada dalam uterus, doktor tahu apa dia hendak buat. Dalam kes saya didiagnos sebagai right ruptured tubal pregnancy rasa sakitnya bukan sahaja pada bahagian perut tetapi hingga ke bahagian bahu.
Tujuan saya menceritakan hal ini bukanlah niat hendak ‘menjual’ pengalaman yang tidak seberapa ini, tetapi sebenarnya hendak berkongsi ilmu yang sedikit yang baru saya pelajari ini. Ilmu yang diperoleh melalui pengalaman memang menyakitkan, tetapi pangajarannya cukup bererti.
Sebenarnya sepanjang saya menahan sakit selama 2 minggu itu saya turut menggoogle informasi daripada internet. Apa tidaknya kosentrasi kerja pun sudah terganggu gara-gara sakit perut yang tidak terkata. Mana tahu kalau-kalau terjumpa sebarang informasi berkaitan sakit perut yang tidak reda-reda ini. Tetapi langsung tidak terbaca perihal kehamilan luar rahim atau etopic pregnancy. Jadi andainya ada wanita-wanita sejenis saya yang sakit perut tidak reda-reda selepas mengambil ubat, kemudian mencari maklumat melalui internet nanti, mungkin maklumat ini dapat membantunya. Jangan dibiarkannya kerana ia akan mengancam nyawa kita. Kemungkinan setiap wanita mengalaminya adalah 1%. Kemungkinan mereka yang pernah mengalaminya dan akan mengalaimya lagi sebanyak 10-15%. Sedarlah. Walau bagaimanapun aku tetap mahu mengandung lagi andai diizinNya. Cuba lagi! Jangan Serik! Cuma tangguh dahulu. Terima kasih Tuhan kerana mengembalikan nikmat sihat kepada diri hambamu ini.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
salam kak nurul…. lama dok cari link nih… dapat2 terus baca kak nurul sakit… harap kak nurul tabah dan semoga cepat sembuh… insyaAllah