Isteri, perempuan dan sahabat…

0

Entah kali ke berapa dia telefon aku… entah kali ke berapa jugak dia menangis bila telefon aku… Aku tahu rumahtangganya sudah tak berseri dan tak bercahaya lagi. Sinar dan serinya sudah malap dek kerana tingkah suaminya yang sejak setahun dua ini semakin menjadi-jadi.

Aku tahu semangatnya menjadi suri rumahtangga hanya ada sisa-sisa sahaja, dan hanya kerana anak-anak sisa-sisa itu masih ada. Aku tahu dia tidak mampu berbuat apa-apa kerna dia wanita biasa, tidak punya kerjaya, tidak reti bersosial, tidak ada latar belakang pendidikan tinggi dan tidak sehebat wanita lain pada pandangan mata suaminya. Tapi bukankah itu pilihan hati suaminya 12 tahun dulu? Dulu mengaku dapat terima wanita ini sebagia isteri seadanya. Pengakuan biasa orang yang masih tebal rasa cintanya. Tapi kenapa kini cinta itu melayang mencari wanita lain? Bila ditanya pelbagai alasan diberi, semuanya salah isteri.

Isteri yang baik ini, pergi meminang sendiri untuk suaminya… malang ditolak. Isteri yang baik ini, memujuk mentua mengizinkan suaminya bernikah dengan perempuan kedua… tak menjadi. Dan ini kali ketiga. Tidak pasti lagi bagaimana taktik dan strateginya kali ini. Nampak gaya kali ini pilihan hatinya bukan calang-calang perempuan. Kita tengok apa akan jadi. Aku tak tahu nak cakap apa lagi pada suaminya… Buat isterinya, aku sudah hampir habis kata-kata nasihat dan motivasi buatmu. Nah! ini nombor contact sahabatku, orang yang aku rasa lebih berwibawa dan wajar menasihatimu. Cubalah luahkan padanya dan aku pasti dia lebih memahami kerana dia juga pernah melaluinya. Terima kasih sahabat kerana sudi membantunya.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!