Jakarta lagi…

Pagi-pagi buta jam 6 pagi selepas solat subuh, aku terus siapkan bekal susu Isyraf. Sambar 3 keping diaper, baju seorang sehelai dan 1 helai tuala. Bukan nak lari dari rumah. Sebenarnya anak-anak aku akan ikut mak tok dan wan hantar ayahnya ke KLIA. Aku tak dapat ikut sebab kerja. Kali ini ayahnya ke Pesta Buku Jakarta lagi. Business trip. Apa pun ibu ucapkan ‘selamat berjalan-jalan’ sambil ‘mengembangkan’ network dengan para penerbit di sana. Bawak balik buku yang best-best tau.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*