Jom! kita pergi seminar
Esok 17 Januari. Sesudah pelbagai perancangan, strategi, tindakan dan usaha diambil, kini masanya bertawakal kepada Allah. Berbulan-bulan lepas jalankan promosi. Tup tap tup tap tinggal 1 bulan, followup semua yang daftar diri. Dingb dong ding dong tinggal 2 minggu, kemaskan dan cetak modul, cetak beg kertas, tag nama, sijil, siapkan fail dan sebaginya. Banyak lagi perkara yang dilakukan. Atas usaha pihak penganjur yang sentiasa gigih dan tabah membuat promosi siang malam, berjaya menambahkan bilangan peserta dan akhirnya mencapai bilangan yang disasarkan.
Seronok juga lakukan benda ini semua. Teringat zaman belajar dulu, bila ada program yang akan dijalankan oleh persatuan, sibuklah buat benda-benda ni. Tapi kali ni lebih seronok sebab lakukan bersama pasangan hidup sendiri. Aku ibarat ‘’sayap kiri pada suami yang sejati’… hehehe
Seminar kali ini lebih seronok daripada seminar yang sebelum-sebelum ini, yang pernah dikendalikan oleh Tuan Fauzul. Akulah yang rasa begitu. Kerana, ini ibarat ‘anak sulong’ kami, huah. . . huah . . . (Anak dah nak masuk 3 orang daaa) Kami boleh ‘design’ ikut apa yang diimpikan. Kerja-kerja yang melibatkan bercakap, serah kepada dia. Itu ‘makanan ruji’ dia. Kerja-kerja lain aku tolong buat, nama pun ’sayap kiri’.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









