Kawan Baru Nu’aim dan Isyraf, Fafa dan Fifi
Fafa dan Fifi, itulah nama yang diberikan oleh Nuaim kepada dua ekor kura-kura kecil ini. Mereka dapat dibezakan mengikut saiz. Seekor lebih besar daripada kawannya. Oleh kerana Nu’aim sudah lama menyebut ingin memelihara haiwan, jadi ibu belikan set kura-kura kecil ini. Mengapa kura-kura jadi pilihan? Kerana mudah dijaga, lasak dan tidak mudah mati. Dan satu sebab yang utama adalah kerana mahu menggantikan kura-kura besar yang ibu jumpa tempohari. Ibu tidak berhajat mahu memelihara kura-kura besar itu, tetapi Nu’aim yang beria-ia sangat meminta izin membelanya. Jadi, ibu rasa lebih baik ibu beli kura-kura kecil yang mana lebih mudah hendak dijaga dan makhluk Tuhan yang sangatlah comel.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









