Aku ini kadangkala mempunyai beberapa kegilaan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Kegilaan ini aku tak tahulah sama ada ia turunan daripada sebelah mana, mama aku ataupun ayah aku?
KEGILAAN? Tentu orang terkejut! Bukan gila, tetapi kegilaan. Kegilaan aku akan teruja untuk membuat sesuatu perkara yang kadangkala orang tak terfikir ingin buat. Selalunya perkara yang ingin dibuat amat berisiko tinggi tetapi aku tetap ingin buat. Banyak perkara yang sudah aku buat dengan kegilaan ini. Daripada zaman mahasiswa sampai sekarang aku sudah menghasilkan banyak perkara disebabkan oleh cetusan kegilaan ini.
Projek Karnival Rakan Muda UM, OPKIM Sarawak, Projek Laman Web MPPUM, Sukan Antara Fakulti dan laman-laman web yang ada ini contoh hasil daripada kegilaan aku. Sekarang ini pun muncul lagi satu idea baru hasil daripada kegilaan ini. Namun begitu aku tak ingin hendak tampilkan di sini selagi mana ia tidak dimulakan dan berjalan. InsyaAllah apabila sudah berjaya aku maklumkan.
Namun begitu, aku amat bersyukur aku mempunyai isteri yang boleh berkongsi kegilaan aku pada bila-bila masa. Dia cukup supportif dalam apa sahaja idea kegilaan yang aku buat. Selagi mana aku tak jadi GILALAH!
.
Terima kasih sayang kerana memberikan semangat dan sokongan di atas idea-idea gila abang selama ini. Tunggulah akan hadir idea kegilaan yang maha hebat daripada aku.
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Gila-gila ke kreatif? Tapi biasanya orang yang kreatif akan selalu dikritik ataupun dicemburui. Akhir sekali kita akan berkata, “Kan aku dah cakap dulu.”
Nuar!
Kreatif adalah sesuatu perkara artistik dan inovatif yang dibuat berdasarkan akal dan pemikiran yang diberikan oleh Allah taala. Ia mungkin didorong ataupun tidak.
Namun begitu kegilaan ini adalah perasaan membuak-buak yang tidak terbatas kepada pemikiran biasa. Ia mungkin berbentuk kreatif mungkin tidak.
Jadi kegilaan ini adalah kreatif ataupun bukan kreatif yang didorong semangat membuak-buak