Kehendak Kita Tidak Selalunya Sama

DSC_0065

Dalam rumahtangga kehendak suami isteri tidak selalunya sama sepanjang masa. Apabila timbul perbezaan inilah, suami isteri perlu saling faham-memahami. Selepas memahami, cuba bertoleransi. Jangan fikir apa yang kita suka itulah yang terbaik buat semua dan pasangan kita juga suka lakukan. Mengalah tidak bermakna kita lemah dan kalah. Kalau itu yang dirasakan terbaik demi menjaga hubungan dan keluarga, lakukanlah.  Mungkin tindakan yang kita ambil itu tidak mengembirakan diri sendiri namun memberikan kebaikan kepada perkara yang lebih besar dalam kehidupan kita insyaallah ganjaran di sisiNya juga besar. Lakukan dengan ikhlas.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*