Kelakar tengok nuaim sembahyang…

0

Satu hari, aku sengaja menyuruh nuaim sembahyang berimamkan ayahnya… dia pun dengan semangatnya mengambil sejadah kecil yang dihadiahkan oleh tok ani yang dibeli di Mekah dan menghamparkannya di belakang ayahnya… kemudian menyuruhku mengambilkan kopiah untuknya… cari punya cari, tak jumpa kopiah tu, ntah tersalah letak agaknya… tengok2 ada topi… kira ok lah… aku bg tau dia pakai yang ini pun ok… nanti ibu beli kopiah yang baru…
kemudian dia pun bertakbir bersama2 ayahnya… kelakar jugak dengar dia bertakbir dengan sebutan yang belum fasih lagi… tp tak apa, pada aku itu satu latihan yang bagus… kemudian bila ayahnya membaca fatihah, dia juga membacanya dengan nyaring sekali biar pun sekejap bunyi sekejap diam… Oleh kerana, dia selalu dengar ayahnya membaca fatihah ketika sembahyang, dia dah dapat menghafal surah itu, walau pun dihujung2 ayat aje dia dapat sebut… yang dia tak tahu nak sebut, dia sebut perlahan je,.. bila dia tahu dinyaringkan suaranya mengalahkan imam…
Bila ayahnya baca surah dan dia agak bosan berdiri, dia gerak2kan badan, bila imam rukuk dia sambung semula…
Bila ayahnya berdoa di’amin’kan sekuat-kuat hati… Kekadang tu kita wirid pun dia amin jugak…
Itulah gelagat anak ibu dan ayah… semoga besar kelak, nuaim tidak lalai dalam menunaikan solat, dapat menjadi imam kepada ibu, ayah dan adik2 lain serta dapat mengimamkan jenazah ibu dan ayah apabila kami ‘menutup mata’ suatu hari nanti… Jadilah anak yang soleh wa musleh ya nak…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!