Kenali kecerdasan dan potensi anak kita

Pada masa sekarang pelbagai maklumat mudah diperloleh. Kemahiran keibubapaan juga dapat dipelajari daripada pelbagai laman web, buku dan pelbagai bahan bacaan lain. Tetapi kadang-kadang terlalu banyak maklumat juga boleh mengelirukan andainya ia tidak distruktur dan difahami dengan baik.

Kita tahu yang kita perlu faham anak-anak. Kita perlu kenali apa kelebihan dan potensi anak. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan bagi mengenali diri dan potensi anak.

Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara buku terbaru terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Sekarang aku sedang finalkan kulit dengan graphic artist, itu sebabnya tak upload kulit di sini. Buku ini ditulis khusus untuk para guru bagi mengenali potensi setiap pelajarnya dengan mengaplikasikan teori keecrdasan pelbagai. Penulis melampirkan cara bagaimana hendak mengaplikasikannya, borang-borang berkaitan dalam membantu mengenali kecerdasan anak atau pelajar dan 50 aktiviti menarik bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya buku ini bukan sahaja untuk guru, ia sangat sesuai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak sendiri. Mahu mengenali potensi dan kecerdasan anak-anak? Dapatkan buku ini, baca, fahami dan aplikasikan ilmunya. Insyaallah dapat membantu ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab sebagai pendidik anak-anak dengan berkesan.

Apabila kita sudah mengenali kecerdasan mereka dengan baik dan betul, kita dapat membimbing mereka menetapkan matlamat dan cita-cita hidup.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*