Saya sengaja menelusuri ruangan-ruangan koran online sebaik selesai bersantap selepas lelah daripada perjalanan jauh nun dari Temerloh. Apa yang menarik dan tertarik adalah satu sisipan berita di ruangan koran MStar yang bertajuk “Deja jawab ‘isu’ baju seksi” oleh Zieman. Terasa gatal tangan aku nak mengulas setiap bait sisipan ini.

Penyanyi Deja Moss bagai terkedu apabila ditasak bertalu-talu dengan pertanyaan tentang penyebaran gambarnya yang berpakaian seksi ketika membuat persembahan di sebuah private function baru-baru ini.
Mengapa hajjah mahu terkedu? Adakah tak biasa mendengar soalan yang sama kepada orang lain? Ataupun pura-pura terkedu. Pelik juga terkedu atas kesilapan yang memang jelas terbentang. Bukan sorang tapi ramai yang dah tengok.
Deja terkedu ketika menjawab pertanyaan daripada pihak wartawan mengenai gambar seksinya
Mengapalah Hajjah nak terkedu? Lupa nak buat teks jawapan kot. Kalau dah siap buat tentu hilang keduan tu
“Saya macam blank kejap bila wartawan meminta saya memberi komen tentang foto saya berbaju seksi yang sedang hebat diedarkan melalui internet sekarang dan saya sendiri belum melihat gambar yang dikatakan itu,” jelas penyanyi bersuara lantang yang popular dengan lagu ‘Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia.’
Mengapa blank? Adakah kerana pada masa itu Hajjah memang lupa ingatan ataupun hisap dadah? Ataupun memang bukan Hajjah yang berada kat majlis itu. Orang yang menyamar sebagai Hajjah kot
Bagi Deja, dia langsung tidak menyangka gambarnya di majlis tertutup yang memperlihatkan sebahagian besar dadanya itu akan diedarkan kepada orang ramai.
ISH!!! Hajjah… Hajjah… Tidak menyangka? Bukankah Hajjah dah lama jadi artis? Takkanlah tak sangka. Artis sudah tentu ada peminat. Peminat sudah tentu akan ambil gambar. Pelik tapi benar
“Saya tidak sangka gambar itu akan diedarkan dengan meluas sekali di internet dan. Saya tidak mahu melihat gambar yang diedarkan itu, cukuplah mendengar dari rakan-rakan dan keluarga saya di Kucing,” jelas Deja Moss yang singgah sebentar di Mstar hari ini.
Tak perlu tengok Hajjah! Hajjah yang pakai, tentu tahu macamana rupanya semasa bersiap pakai baju. Lainlah kalau Hajjah hilang ingatan sekejap.
Deja sendiri sudah menghubungi pihak penganjur untuk menanyakan kesahihan berita yang didengarnya itu.
Apa yang tak sahih lagi Hajjah. Dah terang lagi bersuluh
“Menurut mereka, mereka tidak boleh menghalang orang ramai untuk merakam gambar di majlis tersebut,” jelas penyanyi genit yang berasal dari Kucing, Sarawak itu.
Ini satu lagi, takkanlah nak halang peminat ambil gambar. Gilo apo? Macam tak biaso orang ambil gambar.
Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss mengaku dia agak tertekan dan terkilan apabila mendapat perkhabaran dari keluarganya yang menerima gambar tersebut melalui internet dan ada yang mengirim terus ke rumah.
Mengapa tertekan Hajjah? Semasa pakai baju tu taklah tertekan pula? Tak mengapa Hajjah, tertekan di dunia tak seperti mana tertekan di neraka Allah. Baik di dunia daripada di sana. Tapi kalau Hajjah tak sedar lagi, memang nak kenalah Hajjah.
“Apa yang membuat saya begitu sedih apabila emak saya menangis di telefon dan memberitahu saya ada orang telah meletakkan gambar itu di atas kereta ayah saudara saya di Kucing.
Memang patutpun diorang menangis sebab anak yang dilahirkan berbuat begini. Apa yang diorang nak jawab kat akhirat kelak?
“Saya cukup menyesal dan terkilan dengan perbuatan tidak bertanggunjawab orang yang menyebarkan gambar saya itu. Sememangnya saya tidak sedar aksi saya begitu rupa. Saya terlalu menghayati lagu yang saya nyanyikan petang itu sehingga saya tidak sedar aksi saya dirakamkan,” jelas Deja yang ternyata tidak senang dengan perkembangan terbaru tentang dirinya.
Ait? Nak marah orang lak. Hajjah yang buat sendiri, apasal nak marah kat orang?
Bagi Deja, dia begitu ralat apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ dalam dunia seni.
Kalau comeback bertudung litup takpa juga Hajjah
“Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi. Sebelum persembahan anjuran bank tempatan pada 6 November baru-baru ini, saya bertanyakan Rem samada saya kelihatan ok dan dia kata ok.
Tak terfikir? Ini lagi hairan bin ajaib. Yang Hajjah pergi tanya Rem tu apahal. Tanyalah ustaz ke, tanyalah ustazah ke barulah dapat jawapan yang betul. Ini tanya yang 2 kali 5 juga. Memanglah. Kalau Hajjah tak pakai apapun dia akan kata OK.
“Saya juga pernah mengenakan pakaian yang sama ketika membuat persembahan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood pada bulan Ogos lepas,” jelas penyanyi berusia 33 tahun ini lagi tentang episod baju seksinya yang sedang heboh diperkatakan itu.
Hajjah ni bercakap macam tak ada akal dan fikiran pula. Hajjah pakai kat Hollywood memanglah diorang tak kata apa sebab diorang pakai lebih teruk daripada tu. Mengucap banyak-banyak Hajjah. Tak tahulah apa yang Hajjah buat semasa pergi Haji dulu. Adakah silap baca doa ataupun apa? Kesian…
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Astahgfieullahal’azim mengucap panjang aku tengok gambar hajjah nih….nak je aku menangis tgk dressing MAUT yang seolah2 tak cukup kain….ntah lah….tak faham aku….dulu bile org sibok nak naik haji..dia pun bz gak nak p haji…alih2 dressing mcm nih….silap baca doa kot….ntah lah..harap2 tuhan bagi lah petunjuk terbaik untuk hajjah yang dah semakin lupe diri ini….kok ia pun nak dressing..biarlah bersesuaian…umur pun bukan muda lagi….takkan nak kawin sangat sampai sanggup dedah sini dedah sana lupa pada gelaran hajjah yang dibawak tuh…..sedar2 dan insaflah…..
ahah..
u guys shud stop gossiping about other ppl la~
who do u guys think u are to judge her..
mmgla dia pakai teruk but whatever she does or wear, it will be judge soon during d end of days (qiamat)..
korang ingat bile korang kutuk dia camni, aibkan die ngan tulis2 blog camni, baik sgt ke?
biarlah tuhan yg tentukan sume tu..
i mean, c’mon laa~
just let it be..
dia dah sedar tu..x yah kutuk..
mymyselfandi,
Dalam hadis nabi ada menyebut, tingkatan iman ada 3 peringkat. Apabila kita melihat sesuatu kemungkaran kita perlu hindarkan dengan tangan, jika tidak boleh dengan mulut, jika tidak boleh dengan hati dan itu serendah-rendah iman.
Saya punya pandangan dalam hal ini, saya cuba agar tidak berada dalam golongan terbawah. Biarlah saya tegur dengan mulut dan tulisan.
Jadi panduan kepada yang ingin berubah dan jadi pedoman kepada bermasalah. Apapun semuanya tetap pada ketentuan Allah. Kita hanya boleh menegur dan memberikan pandangan. Hidayah tetap daripadanya.
Kalau dia tu penghibur, ambil gambar jgn lah jadi tukaang penyebar.Cuba tengok gambar emak anda masa muda2 dulu ada tak di pakai kebaya yang terbelah kain nya.Untuk berlaku adil dalam menyentuh cerita orang gambar emaj anda di layarkan dalam internet masa muda2nya apa kata anda, tepuk dada tanyalah selera…
bangang..ahli neraka…
sengaja je pakai macam tu..
sebab tak ada iman…bogel pun takpa..
cakap laaa…eh..saya tak tahu pun …bogel nie
akan jadi isu….
Saya ada terbaca komen Hajjah (kononnya) Deja Moss ni dalam Pancaindera Ahah yang lalu. Memang sebelum ni tak tahupun pasal gambar dressing mautnya itu dalam internet sebab sebok study utk final exam.
Tapi saya taklah hairan sangat…sebab namanya pun artis. Kalau nak dikira artis yang balik dari buat haji atau umrah di Mekah ramai juga yang buka aurat dan dedah sebijik-sebijik pada media. Tak payah saya sebutkan…nanti macam kata Deja Moss, salah aibkan orang lain! (padahal tak ada siapa yang nak aibkan dia sekiranya teguran yang dibuat itu bertujuan baik untuk menyedarkan dia sebagai seorang Muslimah.
Kesimpulan yang boleh saya buat dari komennya dlm Pancaindera – memang Deja Moss ni masih lagi tak sedar diri sebab pertama, dia menyalahkan pihak lain dan yang kedua, dia ni begitu angkuh menyatakan apa yang dibuat tu salah tapi tak apa, kot!
Apalah perasaan seorang ibu dan seorang ayah bila melihat anaknya bernama Deja Moss ni berpakaian seperti itu? Tak sedarkah dia bahawa kalau dah HARAM TETAP HARAM? Tak takutkah dia terhadap balasan yang akan menimpanya, kalau tak di dunia, di akhirat semua orang tak terkecuali.
Saya tak pernah pegi haji lagi tapi saya berharap dapat pegi satu hari nanti dan saya lihat kebanyakan yang dah pegi sana termasuk kedua orang tua saya, banyak berubah dari segi tingkahlaku dan cara berpakaian. Tapi bagi Hajjah Deja Moss ni, nampak gayanya tak ada perubahan sebab masih sama saja imejnya sebelum dah sesudah haji.
Insaflah Deja Moss, anda bukan semakin muda lagi!