KEPUTUSAN PALING DRASTIK DALAM SEJARAH BISNES INTERNET AKU

Aku semalam membuat beberapa keputusan drastik yang mungkin pada pandangan orang amat pelik tetapi benar. Keputusan yang pada pandangan aku penting dalam memastikan bisnes yang aku mulakan berterusan dan terus hingga mencapai peringkat diinginkan. Mesti orang kata apa benda ni? Macam suspens je.

Apapun orang kata, aku rasa ini titik mula aku membina empayar internet aku iaitu aku membayar perkhidmatan autoresponder. Haa?!! Mesti orang kata apo ko bondo eh? Autoresponder (AR) adalah enjin penting bagi seseorang ahli perniagaan yang ingin berkecimpung dalam dunia bisnes internet. AR ini penting bagi memastikan segala maklumat yang ingin disampaikan kepada sasaran dengan lebih berperancangan.

Bagi seseorang peniaga internet, kebanyakan mereka memerlukan alat yang mana jika mereka tidak ada pun ataupun berada di tempat lain masih boleh menyebarkan maklumat bisnes mereka. Antara contoh kegunaan autoresponder yang penting adalah :

a) Menguruskan langganan pelanggan di laman
Bagi seorang ahli perniagaan internet, langganan adalah senjata penting dalam pemasaran internet. Melalui langganan, mereka dapat menyebarkan maklumat bisnes mereka

b) Menyebarkan newsletter dan katalog
Penyebaran newsletter dan juga boleh dibuat secara automatik mengikut frekuensi yang kita kehendaki

Banyak lagi kegunaan AR ni, tetapi aku tidak akan cerita banyak kat sini sebab tempat yang aku akan kongsikan perkara adalah di Blog e-Kedai dan Diari Kedai Buku Online. Bolehlah berkunjung ke sana bagi mendapatkan tip terbaru pemasaran.

Walauapapun mesti ramai yang bertanya, berapa kosnya bagi mendapatkan AR yang baik? Agak tinggi sebenarnya bagi peniaga internet yang baru bermula. Tetapi ia adalah pelaburan yang baik buat jangka masa panjang. Ia lebih kurang USD 90 hingga USD 200 setahun. Ia bergantung kepada keupayaan yang kita kehendaki. Aku membuat survey AR terbaik dunia, berdasarkan maklumat yang dikutip ada 2 AR yang sering digunakan oleh syarikat internet dunia iaitu Aweber dan Getresponse. AirAsia.Com menggunakan perkhidmatan Aweber.
Ada juga yang memberikan perkhidmatan percuma, namun begitu ia penuh dengan iklan sampah yang kita sebagai peniaga internet taknak ada dalam email kita. Tak begitu? Jadi buat keputusan, aku dah mulakan. Korang bila lagi?

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*