Khasiat buah delima

Sepanjang mengandung, aku banyak makan buah delima… Banyak khasiatnya… cuba baca sedutan di bawah.

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

 

 

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. khairul says:

    bole tau delima ni bole sembuh penyakit saraf x!

  2. hajar says:

    Begitu banyak khasiat delima…tapi masih ramai yang tidak mengetahuinya..untuk sarap herba lebih sesuai

  3. mana boleh saya dapatkan buah delima…

  4. ameen says:

    actly ramai yg xtau delima antara buah yg padanya terdapat banyak khasiat

  5. ameen says:

    Antara kebaikannya :

    *menghalang pembentukan sel kanser
    *mencantikkan kulit
    *mencegah dr nyanyuk
    *memberi tenaga
    *elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
    *elok utk sistem penghadaman
    *mngurangkan berat badan
    *prevent morning sickness( utk org mengandung)
    *memperelokkan rahim

  6. kalau sesiapa minat nk dptkn jus delima asli, hubungi saya ye

  7. d mn ble dapat buah delima.. adakah ia d jual d pasaran malaysia

  8. Yussri says:

    Asalamualikum,
    Saya mengidap penyakit kulit “Psoriasis” yang telah sedia maklum belum ada lagi pengubatan moden boleh mengubatinya. Yang ada cuma sebagai lankah pengawalan dengan penggunaan steroid. Saya telah mencuba pengubatan alternative dengan menggunakan kulit buah delima. Mohon kepada semua untuk berkongsi pendpat dan pandangan mengenai perkara ini. email saya di yussrisawani@yahoo.com.my

  9. Dimana saya nak cari pokok delima yang dah berbuah…….ada aweks2 yg nak kenal tak ngn saya ekekekekkeke

  10. sayaaa owg seremban heeeeeeeeeee

  11. nordinms says:

    saya berminat nak beli pokok delimaa….ada sesiapa nak jual….sepul tu kawan saya tu…handsomee hoooo

  12. nape msg saya di delete/…..saya tak puas hati

  13. John Apiang says:

    CNI ada menjual JusJambumerah+JusDelima/Ps call me:0198102883/Keningau Sabah.Tq

  14. buah delima blh d dapati d semua gerai buah buahhan

  15. haidah is smile(ismail) says:

    assalamu’alaikum syukran, hilyati, saya ambil info ini untuk makluman ibu yang tercinta. Ibu nak tahu sangat khasiat dan kegunaan istimewa buah delima. semoga diberkati Allah S.W.T. wassalam

  16. rosnika says:

    saya adalah pesakit jantung, doktor mengatakan jantung saya bengkak, dan terlalu laju, baru2 ni saya dimasukkan d ccu, adakah buah delima dapat mengurangkan penyakit saya ini

Leave a Reply