Anda kidal ke tidak? Biasanya kalau sebut ‘kidal’ orang faham apa maksudnya. Tapi bila disebut ‘kinan’ dan ‘ambidekstrus’ pasti kita rasa pelik. Sebenarnya ‘kinan’ orang yang guna tangan kanan bagi menulis dan melakukan kerja-kerja lain. Ambidekstrus adalah pengguna kedua-dua belah tangan secara seimbang. Sikit benar vocabulary kita sebenarnya.
Apa korelasi antara kekidalan dan kekinanan dalam penggunaan bahasa dan tahap intelektual? Jawapannya masih kontroversi. Ada yang kata kadar dominasi hemisfera kiri pada orang kinan lebih kuat apabila dibandingkan dengan orang kidal, membuatkan orang kidal ada masalah dalam hal membaca dan menulis. (Lamn dan Epstien, 1999). Yang agak ngeri sikit dengar pernyataan ini, orang kidal berkemungkinan mati muda (Halpern dan Coren, 1991). Bagi mereka yang kidal, usah terpengaruh dengan kajian diorang ni sebab Allah yang lebih tahu dan dia yang tentukan ajal maut.
Penyelidik lain berpandangan sangat berbeza, para kidal sangat menonjol seperti presiden AS Truman, Reagen, Bush Sr., dan Clinton, semua kidal. Tokoh ambidekstrus yang menonjol pula adalah Benjamin Franklin, Michaelangelo dan Leonardo da Vinci.
Semasa anak kita kecil, kita sering mengajarkan mereka menggunakan tangan kanan dalam melakukan banyak perkara. Takut sangat anak itu terbiasa dengan tangan kiri. Kalau dah berribu-ribu kali ajar anak itu masih guna tangan kiri dan cekap pulak tu, tidak kekok, maka lihatlah kembali susur galur kita ataupun pasangan. Ada ataupun tak nenek moyang atau sedara mara yang kidal. Kalau ada tu nak buat macam mana, agaknya anak kita pun nak jadi kidal jugak la tu. Kidal ni bukan disebabkan salah asuhan, ia disebabkan faktor genetik. Mana boleh cabut DNA yg bawa kod kidal ganti dgn kod kinan. Ye tak..
Aku, suami aku, anak aku Nu’aim & Isyraf = kinan. Seingat aku nenek moyang sebelah aku semua kinan…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my