Laman Web Terbaru Aku Dilancarkan Hari Ini : WWW.PENERBITBUKU.COM

Semalam aku menghadiri Konvensyen ALUMNI RBBI 1 anjuran Team SaifulSham yang diadakan di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Aku pun sebenarnya dah lama tak berapa aktif membangunkan laman web. Apabila berada di sana pelbagai ilmu baru yang diperoleh dan memang membuka mata. Kesemua ahli perniagaan internet yang sudah bermula dan bakal bermula berkumpul di sana. Raja Sham Ad-Sense, Shuth MasKahwin.Com, Tazilan IDeaBisnesLuarBiasa.Com, Faisal SyokKahwin.Com, Zul SmartUsaha.Com dan banyak lagi.

Para peserta Konvensyen Alumni RBBDI 1. Kebanyakannya otai bisnes internet 

Yang lebih menarik kehadiran Mr. Donald, seorang jutawan internet juga turut bersama kami berkongsi pandangan dan idea. Beliau adalah dropshipper no. 1 di Asia. Menarik memang menarik dan mengujakan kembali darah internet aku ni.

Mr. Donald si jutawan senyap. www.dropshippernetwork.com 

Apa lagi semalam terus aku buka sebuah lagi laman web yang aku rasa inilah yang paling cepat dibina aku. Dalam masa satu malam sahaja dah naik ke web dan mula menerima pelawat. Laman yang dilancarkan semalam adalah PenerbitBuku.Com : Laman Jurulatih Penulis Karya Bestseller. Anda semua boleh melawat di http://www.penerbitbuku.com. Di laman web ini aku akan masukkan segala ilmu dan pengalaman yang aku tempohi serta pelajari mengenai dunia penerbitan buku.

PenerbitBuku.Com

Laman PenerbitBuku.Com : Jurulatih Penulis Karya Bestseller

Pengalaman dan ilmu ini aku rasa perlu dikongsi bagi mengharmonikan lagi dunia penerbitan dan penulisan buku. Harapan aku melalui laman web ini akan lahirlah lebih ramai penulis bestseller Malaysia. Mari mulakan langkah semula. Terima kasih SaifulSham dan terima kasih semua.

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*