Malam Nan Indah…
Sedap pula mengadap laptop tanpa gangguan sesiapa di kala 11.30 malam diselubungi kedinginan aircond. Bala tentera ku, yang sulong masih aktif bermain blok kayu di luar menemani ayah membaca novel terbaru Ramli Awang Murshid. Yang kecil dah terbongkang di atas katil. Peluang ni aku gunakan bagi mengetuk kekunci laptop ni, dalam kesuraman lampu tidur diiringi ‘muzik’ indah titisan hujan di luar yang nampaknya semakin reda.
(Gambar di atas tiada kaitan dengan artikel ini… sedap makan steamboat…)
Suara ayah Nu’aim kedengaran dari luar bilik, sudah mengajak Nu’aim masuk bilik tidur. “Laa nanti dulu, jangan ajak dia tidur lagi… main la dulu kat luar tu… baru intro… ibu tengah syok nih,” suara hati ku berkata. Ermmm nampaknya tak dapat la aku nak merepek panjang sbb kedengarannya anak dan ayah dah nak masuk bilik. Sekejap lagi pasti ada yang nak menggantikan tempat ibu mengetuk laptop nih. Penat je buat intro mengancam tu… Setakat ini sahaja ‘karangan’ ibu malam ni… tak sempat… bersambung.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









