Manfaatkan Masa Yang Ada Bersama Anak
Bagi pasangan yang bekerja, antara cabaran utama dalam membesarkan anak-anak adalah ruang masa bersama anak-anak mereka. Begitu juga dengan aku dan suami. Kalau tidak outstation, kami suami isteri keluar rumah 7.30 pagi dan sampai rumah 7 malam. Kebelakangan ini suami aku memang sibuk. Ada sahaja agendanya pada hujung minggu. Walaupun begitu, sebagai ibu jadilah ‘backup person’ bagi melayani kehendak anak-anak dan menggembirakan mereka pada setiap kali hujung minggu.
Pada hujung minggu lepas aku ambil peluang keluar berjogging bersama Nu’aim dan Isyraf, menemani mereka bermain di taman permainan dan membawa mereka bermain air di kolam renang Hotel PGH. Kalau mahu tunggu ayah mereka baru hendak berjalan, memang agak sukar. Sambil berjogging, sambil-sambil bergambar. Berpeluhlah juga. Kemudian sama-sama ke pasar membeli jagung, dan serba sedikit barang basah keperluan di sapur.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Ramadan Pertama 1431 H - August 12th, 2010
- Engkau Sentiasa di Sisi - August 7th, 2010
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010












yup saya juga wanita yang berkerjaya. almost everyday tak kira weekend apatah lagi week days. anak – anak tinggal dengan ibu dirumah. kecian juga tengok dorang. kekadang sampai tahap saya bawa anak ke pejabat. tapi ada orang tak puas hati. kalo tadi yang tak puas ati tu orang bujang saya tak kisah tapi ini bapa orang. mungkin melanggar prosedur tapi kalo dah sampai tahap tiada orang nak jaga … yelah orang tua kita pun perlu rehat dan masa sendiri…………… hmmmmmmmmmm suami pla banyak aktiviti luar. banyak kena mengalah. kadang – kadang rasa tak difahami pun ada.