Mari belajar bahasa Arab…

0

Semalam balik opis aku capai surat khabar dan baca bersama nuaim… baca bahagian aktiviti pelajar untuk latihan bahasa Arab… kebetulan temanya a’dhail usrati (anggota keluarga) bila aku baca pada nua’im dia macam suka je… mana taknya anggota keluarga yang tersenarai dalam tu semuanya yang ada di sekelilingnya…ummi (ibu), abi (ayah), jaddi (wan) dan jaddati (maktok)… mudah nak ajar budak-budak ni… sebut 2 3 kali dia dah ingat… apatah lagi kalau kita rajin mengulang-ulang perkataan itu. InsyaAllah ia akan lekat dalam ingatannya…
Sebenaqnya a’dhail usrati ni silibus baru. Silibus bahasa Arab yang nua’im sudah belajar adalah a’dhail badani (anggota badan). Saya ajar nua’im perkataan yang mudah-mudah aje antaranya ainun (mata), uzunun (telinga) anfun (hidung), famun (mulut), batnun (perut) dan yadun (tangan)… Alhamdulillah dia dah ingat semua… Silibus bahasa Inggeris tema tubuh badan ni pun dia sudah dapat ingat…tak de lah nak ajar yang susah-susah… tip mengajar budak kecik adalah mengajar benda-benda yang berkaitan dengan dirinya terutama yang paling dekat dengan tubuh badannya.. sudah tentu anggota badan… kemudian baru kita ajar benda yang ada di sekelilingnya seperti orang, haiwan peliharaan dan sebagainya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diriku membimbing anak-anakku yang tercinta ke arah mencintai ilmu duniawi dan ukhrawi sebaga panduan kehidupannya pada masa hadapan…Amin.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!