Bahan-bahan:
1 lidah lembu (beli kat orang jual daging tu. Sorry aku tak tau harga sebab ayah mentua aku yang ‘bertugas’ ke pasar…)
1 ulas bawang besar dimayang halus
1 inci halia dihiris halus
5 biji cili padi hiris halus jugak
garam dan kunyit
Cara-caranya:
Mudah je… korang masukkan lidah yang siap dibasuh tu kedalam air mendidih. Jangan lupa basuh dulu lidah tu dan selawat supaya keluarga kita makan makanan yang bersih dan suci. Biarkan lidah dalam air mendidih tu selama 5 minit. Kemudian angkat dan toskan. Buang kulit paling luar pada lidah itu menggunakan pisau. Selepas habis buang kulit tu, hiris lidah tu biar kecil-kecil. Sesudah semuanya dipotong korang gaulkan dengan garam dan kunyit. Tumiskan bawang, halia dan cili tadi. Bila naik bau je terus masukkan lidah yang dah dipotong tadi. Masukkan air banyak supaya lidah tu dapat direbus lama-lama agar lembut senang nak makan. Bila dah kering air, kacau sikit2 dan dah siap… boleh angkat dan makan dengan sambal jawa. Abang suka tolong aku buat sambal jawa ni… Makan dengan nasi panas-panas… Tak perlu banyak lauk. Ada lidah dan sambal jawa dah cukup. Buat lah satu hidangan sayur supaya seimbang. Sedaaaappp…
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my