Kekadang bila bekerja dengan orang intelek ni membuatkan diri aku rasa kerdil sangat. Ye la, aku siapa kalau nak dibandingkan dengan dr.-dr., profesor-profesor… mereka-mereka ni mmg intelek, dan jasa mereka dlm membuat penyelidikan demi kebaikan ummah mmg patut dipuji. (Ah! aku jugak intelek apa… intelek dalam skop kerja dan tugas aku…).
Tetapi kekadang tu aku berasa kerdil bukan sebab2 tersebut, tetapi sebabnya usaha dan keringat, penat lelah, lenguh pinggang duduk mengedit, dan perit mata memandang skrin komputer bagi menyiapkan buku tulisan mereka-mereka, langsung tidak dihargai… Sudah la isi buku yang aku edit tu langsung aku tak berminat nak baca, tertekan tul…
Mmg itu tugas aku, tetapi kekadang kerana nak ‘jaga’ mereka, aku terpaksa mengikut kemahuan dan kehendak mereka walaupun di luar tugas aku dan prosedur kerja ku… Aku ok, aku boleh bertahan buat banyak kerja2 nak layan kemahuan diorang nih disamping menjaga kualiti buku… Yang jadi tak tahan tu, bila aku dikatakan ‘bodoh’ atas kesilapan mereka sendiri, itu yang membuatkan hati aku sedey sangat… Begitu lah egonya mereka. Tak pernah nampak silap sendiri. Kalau ikut senang aku, aku buat kerja apa yang patut, terbit je apa yang diberi, tak usah fikir banyak… Cubalah bercakap, “Maaf, mungkin silap saya… terima kasih kerana bagi tahu, kalau tak saya tak sedar dan buku saya rosak pula faktanya.” Ah! bukan susah sangat.. Seingat aku, sepanjang berkerja berbulan-bulan dan berbuku-buku ini, tiada pun sepatah ucapan terima kasih yang keluar daripada mulutnya, apatah lagi nak belanja makan ke, nak kasi thumdrive ke… bukan la harap sangat cuma, fikirlah sendiri… Kalau orang buat sedikit kebaikan sekalipun pada kita, hargailah dia, paling kurang ucapkan, “Terima kasih.”
Bukan semua begitu, hanya segelintir sahaja… Ada sorang prof nih, aku suka cara dia… humble, cool je bercakap, kalau aku berbincang soal buku, rasa macam, babak bercakap pada anak je… Kalau dia call nak tanya soal kerje pun, ada intro… tahu nak cakap, “apa khabar”, “maaf menyusahkan…” mana tak menyusahkan kalau dah fakta kat blurb buku pun bagi yang salah. Dah out pun film baru cakap yang betul… dah nak kena buat pembetulan pada film… Tapi tak pe, sejuk hati bila dia mengaku salah dan mintak maaf… Aku pun rasa ok…
Itulah hakikat hidup… Ingatlah wahai anak-anak ibu, sebesar mana pun kita nanti, ingatlah itu hanya pandangan manusia umum terhadap kita… mungkin pandangan Allah kepada mereka2 yang dirasakan kerdil itu lebih besar di sisiNya… Kerja2 dan amal2 mereka lebih ikhlas… Jadi jangan sombong dan bongkak dengan kelebihan yang dianugerah-Nya.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my