Masuk bulan ke-4 kandungan ku
Alhamdulillah… dah 4 bln aku kandungkan zuriat kami suami isteri dengan selamat tanpa masalah… alahan semakin beransur pergi… Kini aku dapat menyempurnakan rutin harianku sebagai suri rumahtangga dengan baik kerana kesihatanku semakin pulih dan kembali bertenaga… tak lembik lagi… so, tak de la nak banyak menyusahkan abang lagi…. bau-bauan busuk yang dulu sentiasa menyesakkan hidungku dan memualkan tekakku juga sudah lenyap… gerakkan dalam rahimku semakin kuat… emmm seronok rasanya… kalau dapat, rasanya nak je kongsi ngan orang lain, terutama suami bagaimana rasa bila ada baby kat dalam perut ni…. Nu’aim dah baik demam, cuma kekadang tu dia meragam nak bermanja dengan ibu… biasa la..
Hari merdeka baru ni, sahabat baikku emy bertandang ke rumah bersama suaminya.. TQ emy sbb sudi mai rumah aku kat bentong ni… Kami berkawan sejak dari Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sama2 berpindah ke MRSM Pengkalan Chepa dan seterusnya bersama2 ke USM Penang… kat USM aku pakai motor KRIS, Emy pakai motor Honda EX5… teringat kenangan lama… sekarang masing2 dah keje dan berumah tangga…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









