Masuklah Keseluruhannya Ke Dalam Islam
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.
Surah Al-Baqarah, ayat 208Â
Ayat di atas adalah ayat yang aku temui pada malam semalam semasa aku bertadarus Al-Quran. Ayat ini ayat yang agak nostalgik sebab dalam kebanyakan Kuliah Ilmu semasa di kampus dahulu, ayat ini adalah ayat permulaan yang sering digunakan oleh para penceramah dari kalangan pimpinan.
Apabila kita melihat kepada ayat ini, kita harus lihat kepada amalan kita seharian. Adakah ia amalan Islam ataupun amalan syaitan. Daripada persoalan bangun tidur, pekerjaan, makan, shopping hinggalah kita tidur balik adakah amali dan praktis kita adalah praktis Islam.
Bagi yang mempunyai kenderaan, adakah membawa kereta dengan amalan Islam?
Bagi yang menjadi pimpinan dalam organisasi atau syarikat, adalah kepemimpinan kita adalah kepemimpinan Islam?
Bagi ketua kerajaan, adakah kita memerintah cara Islam?Â
Bagi pelajar, adakah cara belajar kita cara Islam?
Bagi buruh, adakah cara kita bekerja adalah cara Islam?
Islam bukan hanya sekadar agama, tetapi ia adalah The Way Of Life atau gaya hidup. Setiap satu pergerakan, hembusan nafas, cara berfikir, cara bercakap dan memandang ada caranya dalam Islam. Namun begitu berapa ramaikah sebenarnya yang betul-betul menghayati amali Islami ini?
Bertanya kepada diri kita? Bertanya kepada iman kita? Cari jawapannya.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









