Perempuan itu memandang ke kanan tiada yang menarik untuk dipandang, kemudian ke kiri, kelihatan seorang lelaki sedang duduk bertinggung sambil menghembus keluar ‘awan gemawan’ dari mulut dan hidungnya. Api kecil kelihatan berkelip dihujung puntung ‘keramat’ yang diletakkan pada bibir hitamnya. ‘Ermm macam aku juga rasanya lelaki itu, datang ofis awal tapi tiada kunci hendak buka pintu ofis, paling tidak dia tak bosan sebab ada ‘kerja’ hendak dibuat,’ hatinya hanya meneka. Mati kutu dibuatnya. Disebabkan pagi tadi agak kelam kabut di rumah, handphone pun tertinggal. Kalau tidak pasti sudah dia kirimkan sms buat suaminya. Tak tahu nak buat apa.
Matanya terarah ke restoran mamak depan pejabat. Kelihatan ada meja kosong di penjuru restoran itu. ‘Sesuai jugak lepak sekejap di situ, meja tu agak strategik, tak terlalu terdedah. Lagi pun kaki ni sudah berasa lenguh berdiri,’ hatinya memberi cadangan. Kaki melangkah dan tangan bekerjasama membimbit laptop tanda setuju dengan kata hati itu.
Tarik kerusi, letak laptop dan bag tangan di kerusi sebelah. Kemudian dia mengeluarkan surat khabar yang diselitkan pada bag laptop. “Mau makan apa?” sapa pelayan restoran dengan mesra. “Teh tarik dan magi goreng,” jawabnya ringkas. Sebenarnya pilihan menu pagi itu agak luar daripada kebiasaanya. Tak pernah makan magi pagi-pagi macam itu. Tapi dek kerana terngiang-ngiang perbualan rakan sepejabat semalam yang bercakap pasal magi goreng, terus oder magi goreng.
Satu suap . . . dua suap . . . sambil-sambil alih surat khabar tanpa menghiraukan orang sekeliling, lama-lama magi pun habis. Pandang jam ada lagi 15 minit waktu pejabat akan bermula. Dia panjangkan lehernya bagi melihat kalau-kalau ada manusia berkunci yang sudah tiba. Tidak silap jangkaannya. Manusia berkunci datang membuka pintu ofis. Cepat-cepat hirup teh tarik, cepat-cepat habiskannya. Itulah pagi yang membosankan bagi perempuan itu sebab suaminya tiada di sisi seperti hari-hari biasa, pergi Pesta Buku Jakarta. Tetapi sauminya pada pagi yang sama dia makan pagi best, buffet di hotel. Semuanya diceritakan sebaik sahaja perempuan itu on laptop dan sambungkan talian internet. Tak bawa handphone tapi masih dapat berhubung melalui YM. Sebab di sana dia sewa talian internet di hotel tempat dia menginap. Buat pengetahuan bos, perempuan tu tak YM lama sangat, sekejap je. Lepas rindu. Kemudian dia buat kerja-kerja ofis hehe.
Itulah dia cerita perempuan itu pada suatu pagi …
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
Assalamualaikum,
Episod menunggu si tukang kunci membuka pintu
grill dan pintu kaca sudah lama daku alami
setahun yang lalu.
Kira diri ini sudah glamer di kedai mamak tu.
Terpaksalah order yang bukan2 padahal
perut sudah kenyang.
Sambil minum air segelas sambil baca paper
sampai niak kematu punggung duduk di kerusi
empuk kedai mamak tu..hehehe!
Kenangan yang tidak mungkin daku
lupakan!!
Hehehe… k ida, memang pada masa saya di kedai mamak tu teringat pada akak. Sebab selalu nampak akak lepak sana. Kiranya saya dapat menyelami bagaimana perasaan akak menunggu kunci pintu. Hanya kerana kunci, mamak kedai tu dapat duit kita, rezeki dia gamaknya.