Ada seorang pembaca blog ini iaitu Puan Juhana bertanya dalam komen artikel ‘Nu’aim bersukaneka’ yang lepas, “Bagus tak Tadika Tunas Ilmu?” Tadika Tunas Ilmu adalah tadika Nu’aim. Sebenarnya bagus atau tidak bergantung pada beberapa faktor. Antaranya, lokasi tadika, nisbah tenaga pengajar kepada murid-murid tadika, ruang pembelajaran, kemudahan yang disediakan, kemahiran guru dan sebagainya. Satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian dalam memilih tadika kepada anak kesayangan kita adalah kurikulumnya. Kurikulum setiap tadika berbeza. Ada tadika yang menggunakan pendekatan mengajar dalam bahasa Melayu, ada yang menggunakan bahasa Inggeris. Ada juga tadika yang hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa dan jawi sebaliknya tidak begitu memberi penekanan perihal pendidikan Islam termasuk fikah, akidah, ibadah dan sebagainya.
Oleh itu tanya pada diri kita sebagai ibu bapa, apakah perkara yang hendak diajar dan ditekankan dalam kehidupan anak kita supaya tadika yang dipilih sesuai dengan kehendak dan matlamat dalam membesarkan si permata hati kita.
Berbalik kepada Tadika Tunas Ilmu. (Promo sikit pasal tadikan ni, hehe… untung Puan Norehan dapat promo free). Pada saya tadika ini bagus kerana apa yang didedahkan dan diajarkan kepada anak saya adalah perkara-perkara yang saya mahu. Pertama kali saya mendengar Nu’aim membaca doa lepas sembahyang dengan betul dan lancar membuatkan hati saya berasa terharu dan gembira. Kalau anak kita lima tahun tahu membaca doa meminta keampunan untuk ibu dan ayah, tentu kita gembira bukan. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkembangan positif yang berlaku selepas 7 bulan dia di tadika Tunas Ilmu. Kalau dahulu sebelum tidur ibu hanya membaca tiga Qul dan ayatul kursi, tetapi sekarang banyak surah-surah pendek lain yang perlu dibaca atas permintaan Nu’aim kerana di tadika dia diajar menghafal surah-surah ini. Secara tidak langsung sebelum tidur bilik kami didendangkan dengan suara merdu Nu’aim dan ibu membaca surah-surah pendek ini. Sesekali adiknya, Isyraf turut menyampuk membaca suruh-surah ini walaupun tidak berapa pandai.
Seperti ibu bapa lain, kami juga ingin mendedahkan anak kami dengan pengetahuan ilmu-ilmu Islam sebagai bekalan hidupnya selagi hayat ini ada, kerana sudah pasti cabaran kehidupan pada masa hadapan memerlukan iman dan Islam sebagai panduan hidup mereka. Oleh karana tadika Tunas Ilmu memberikan apa yang saya mahu, saya kategorikannya sebagai tadika yang bagus.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
Tajuk yang sgt menarik….bagaimana memilih tadika…biasa kita tak terpikir mengenai perkara2 tersebut..sehingga ada beberapa perkara yang penting tertinggal…
saya nak cari tadika disekitar taman ria johor bahru…..
lupa pulak beri no 017-7442154