Memulakan Langkah Merealisasikan Kegilaan!!

 

MAHA

 

Alhamdulillah semalam aku dapat ke MAHA 2006 sekali lagi. Tempoh hari aku ke sana bersama keluarga. Isteri, anak-anakku, ibu mertua, adik-adik ipar dan Kak Tun semuanya dibawa selepas waktu bekerja Jumaat lalu. Namun begitu suasana tak kondusif kerana sudah lah ke sana waktu 8 malam, dengan hujannya, membawa anak-anak dan tak tahu cara pengendalian pelawat menyebabkan aku tak dapat memenuhi hasrat sebenar ke sana. Sempat melawat ke ladang ternakan kambing sahaja. Tempat-tempat lain tak sempat hendak jejakkan kaki.

 

MAHA 2006

 

Semalam aku dan ayah aku bertolak dari rumah jam 8.30 pagi dan sampai ke sana 10.30 pagi. Ya ALlah!!! Ramainya orang, tak sangka pameran pertanian ini mendapat sambutan sehebat ini. Jalan sesak dan daripada jalan besar hendak ke tempat letak kereta terpaksa beratur hampir setengah jam.

 

MAHA 8

 

Di sana, daripada satu tempat ke satu tempat perlu menaiki kenderaan yang disediakan iaitu traktor pengangkut, van ataupun bas khas. Namun begitu terpaksa beratur panjang. Ayah aku dan aku buat keputusan berjalan kaki sahaja. Kami berjalan kaki semalam rasanya lebih kurang 5 KM melawat keseluruhan tapak MAHA 2006. Banyak juga maklumat terbaru yang aku peroleh bagi memulakan projek ‘KEGILAAN’ aku (Ish! Ini macam nak bukak rahsia je! Takpe orang tak boleh teka lagi HAHAHAHAHA :D )

 

MAHA 2

 

Bagus betul MAHA 2006 ni. cuma pada pandangan aku perlu dibuat post mortem bagi memudahkan para pelawat yang ramai pergi ke tempat-tempat dengan lebih efisien lagi. TAHNIAH MAHA 2006!!! Kegilaanku akan ku mulakan langkah!!!

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*