Mencari Bahagia

Kita selalu nampak kebahagiaan orang lain. Mereka beruntung kerana rumah besar, suami sayang, banyak duit, ramai kawan dan sebagainya. Namun kita jarang sekali nampak apa yang kita ada. Kita hanya sedar apa yang kita tiada. Nikmat sihat, nikmat anak dan segala nikmat lain yang kita ada kita terlupa. Kita tidak jadikan ini sumber dan penyuntik kebahagiaan kita. Kita akan menjadi orang yang kufur andainya kita tidak syukur dengan apa yang ada. Kurfur itu berdosa. Untung dan bahagialah kita andainya selalu memeriksa diri dan menyukuri apa yang kita miliki. Bahagia akan mendekati kita selepas itu.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*