Lama betul aku tidak menitipkan tulisan di sini. Sibuk memanglah sibuk dengan pelbagai gerak kerja projek sana projek sini. Minggu lepas adalah minggu yang cukup sibuk, terutamanya hujung minggu. Aku dan keluarga menghadiri 3 majlis dalam dua hari berturut-turut. Di sini aku sertakan kronologi majlis.
Majlis Perkahwinan Wan Zuhairi Wan Zainuddin Dengan Fasihah
Pagi-pagi hari Sabtu, 18 Februari 2007, jam 4.00 pagi kami sekeluarga sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Melaka. Anak-anakku digerak jaga dan semua barang diletakkan ke dalam kereta Avanzaku. Ayah, Mama, aku, isteri dan kedua-dua anakku memulakan perjalanan tepat jam 5 pagi. Kami singgah solat subuh dan sarapan pagi di Kawasan Rehat & Rawat Seremban. Sampai di sana jam 6.30 pagi. Memulakan perjalanan ke Melaka dan tiba di masjid Kem Tentera Sungai Udang jam 8.40 pagi. Kira lagi awal daripada orang yang nak kahwin.
Jam 9 barulah rombongan pengantin lelaki sampai. Pengantin lelaki, Wan Zuhairi ni staff aku kat PTS Millennia Sdn Bhd. Lulusan Azhar tapi jadi grafik artist. Kami pun terus naik ke masjid untuk majlis akad nikah. Inilah majlis pernikahan paling lama pernah aku hadiri. Sudahlah banyak beradat, tok kadi pulak banyak soal jawabnya. Daripada tanya surat nikah mak ayah pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin lelaki, khutbah dan soal jawab lagi, akad nikah, baca taklik kemudian diakhiri dengan penyerahan tanggungjawab. Aku tak tahulah zaman Rasulullah ada majlis panjang macam majlis ini ataupun tidak. Pada pandangan aku memang menyusahkan.
Takpalah, selesai sahaja kami serombongan terus ke rumah pengantin perempuan bersalaman dengan semua ambil gambar dan terus ke balai raya makan tengahari. Kemudian terus memulakan perjalanan ke Kluang, Johor.
Majlis Akad Nikah Fadhlil Azim Dengan Izan Zarina
Kami tiba di masjid Kampung Melayu Kluang jam 1.20 petang. Menunggu rombongan dan solat zohor jamak asar. Kemudian ahli keluarga aku pun sampai. Fadhlil ni sepupu aku belah mama. Anak sulong Maklang, adik ketiga dalam keluarga mamaku. Mamaku yang sulong.
Majlis bermula jam 2.30 petang. Alhamdulillah majlis tak sepanjang di Melaka. Anak-anak dah mengamuk letih dan lapar. Selepas singgah ke rumah pengantin perempuan kami terus ke Gunung Lambak Resort tempat tinggal yang ditempah buat kami sekeluarga. Anak-anakku mulanya letih tapi tengok ada kolam renang terus melonjak nak ke sana. Aku yang nak tidur sekejap melepaskan lelah pun dipaksa ke sana. Teruslah bawa mereka dengan sepupu-sepupu aku anak maksu, adik mamaku yang sulong. Bukan main lagi diorang melonjak dalam air. Takpalah ini hari diorang.
Malam tu tak ada majlis sangat. Lepas makan malam terus tidur.
Majlis Bertunang Azizul Hafiz Dengan Nuha
Esoknya 19 hb. Februari 2007 kami sekeluarga bertolak daripada resort jam 10 pagi ke Kempas, Johor Baharu untuk membawa rombongan memingang si Azizul, adik kepada Fadhlil yang berkahwin semalam. Sampai ke rumah tunangannya jam 12.30 tengahari. Bersoal jawab bab persiapan dan sebagainya. Alhamdulillah diletakkan hantaran RM7777.77 wah hebat. Kira Oklah. Selepas majlis tersebut terus kami bertolak pulang. Hajat nak sambung semalam lagi di Johor sebab ada projek lain. Tapi memandangkan anak-anak pun letih terus batalkan niat tu. Sampai ke Bentong jam 7.30 malam. Letih memang letih. Aku yang menaip nipun letih.
Kalau nak tengok gambar aktiviti sepanjang majlis ni boleh ke album.raudhatunnaim.com
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Saja nak test Gravatar